EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Terkjut Jiran Buat 11 Bonggol Atas Jalan Masuk ke Rumah. Cikgu Li Cerita Hal Sebenar, Pernah Diacu Parang

0 month ago, 13-Jan-2021
save 2.0

Adat hidup berjiran memerlukan memerlukan semangat kejiranan yang tinggi kerana mempunyai pelbagai latar belakang seperti pekerjaan, pendidikan, agama, kesihatan dan sebagainya.

Namun lain halnya yang berlaku di sebuah kampung di Jerteh, Terengganu sampai tular satu Malaysia.

Sejak semalam tular di media sosial seorang invididu dikenali sebagai Cikgu Li berkongsi gambar jalan masuk ke rumahnya dibina bonggol, bukan satu tapi 11 bonggol.

Bonggol yang dibina menggunakan tar itu dikatakan dilakukan oleh jirannya yang tidak berpuas hati dengan Cikgu Li yang dakwanya membawa kereta laju melalui jalan tersebut.

Lepas zohor semalam tiba-tiba wujud 11 bonggol baru atas jalan masuk ke rumah Cikgu Li.

Jadi Cikgu Li terpaksa panggil kontraktor buat jalan baru ikut belakang.

Malas nak bergduh dengan orang g1la buat-buat ni.

Sebelum ni dia letak batu di tengah-tengah jalan dan halangan di tengah jalan. Kononnya kereta lalu laju depan rumah dia.

Mustahil untuk kereta lalu dengan laju sebab memang ada 2 bonggol sebelum rumah dia dan kat tiang letrik betul-betul sebelah rumah dia.

Pernah sekali bila Cikgu Li balik dari masjid untuk Solat Subuh ; tiba-tiba dia muncul dari semak dan mengacukan parang.

Cikgu Li pun undur kereta dan masuk ikut jalan lain.

Sebelum tu dia pernah tunggu tengah-tengah jalan sambil mengacukan batang ubi.

Mujur emak dia dan saudara dia ada di luar rumah ; mereka yang pujuk dia suruh ke tepi. Malas dah nak panjangkan cerita.

Kalau bergduh, takut ada yang ced3ra pulak. Silap haribulan ada yang masuk pnjara. Apa pandangan kawan-kawan?

Dalam pada itu Cikgu Li turut berkongsi update kes tersebut menerusi perkongsian baru di Facebooknya.

Katanya, jalan itu dibina atas rezab jalan dan bukan atas tanah jirannya.

Jalan tersebut memang dibina atas rezab jalan. Bukannya atas tanah milik persendirian. Dan sebelum ni dah ada 3 bonggol atas jalan.

Mustahil nak lari laju seperti yang dikhayalkan beliau. Perkara ini sudah dalam pengetahuan pihak berkuasa.

Petang tadi Majlis Daerah Besut dan PDRM telah turun padang. Jadi kita serahkan kepada pihak berkuasa untuk uruskan. Harap maklum! tulisnya.

Menerusi status terbaru, Cikgu Li turut berkongsi gambar resit pembelian batu bagi tujuan pembinaan jalan baru.

Menurutnya, dia tidak mahu memanjangkan cerita dan hanya mahu berdamai.

Hari ni berpagi-pagi cari batu untuk buat jalan baru. Semoga tiada lagi sengketa sesama kita.

Penjelasan jiran Cikgu Li

Sementara itu, menerusi perkongsian balas, jiran Cikgu Li yang membina bonggol tersebut telah menjelaskan perkara sebenar.

Menurut Muhamad Roslam, dia sudah banyak kali menegur Cikgu Li agar tidak memandu laju melalui rumahnya.

Kata Roslam lagi, dia terganggu dengan bunyi kereta Cikgu Li yang keluar masuk sehingga lewat malam dan mengganggu tidurnya, apatah lagi dia kini ada masalah kesihatan.

Pihak editor berharap isu diselesaikan dengan baik dan semoga kedua mereka berdamai.

:FB Ahmad Fadzli Fauzi

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Terkjut Jiran Buat 11 Bonggol Atas Jalan Masuk ke Rumah. Cikgu Li Cerita Hal Sebenar, Pernah Diacu Parang Rentas Asia.



SUMBER : rentasasia.com



Live Website Traffic


loading...