EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Terkini tiada majlis kahwin, tunang, resepsi sepanjang PKPB

0 month ago, 22-Nov-2020

Kota Bharu: Penganjuran majlis perkahwinan, pertunangan dan resepsi tidak dibenarkan di Kelantan sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Surat makluman Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) menerusi Bahagian Undang-Undang Keluarga yang ditandatangani Timbalan Pengarah (Pengurusan) JAHEAIK, Tengku Kamaruddin Tengku Alias, memaklumkan arahan itu berkuatkuasa hari ini sehingga PKPB ditamatkan.

Menurutnya, selain itu majlis akad nikah yang berlangsung di rumah atau masjid juga hanya boleh dihadiri 20 individu termasuk pengantin.

Pada masa sama, kursus pra perkahwinan ditangguhkan. Selain itu, perkhidmatan nasihat atau runding cara hanya dijalankan melalu dalam talian, katanya.

Beliau berkata, sebarang arahan atau keperluan adalah tertakluk kepada ketetapan yang dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Dalam perkembangan lain, Kelantan mencatatkan lapan kes baharu hari ini menjadikan 93 kes aktif dalam tempoh dua minggu.

Jabatan Kesihatan Negeri(JKN) Kelantan menerusi Facebook (FB) memaklumkan, daripada jumlah kes baharu itu, lima kes adalah kontak rapat Kluster Kaya, manakala dua lagi kes kontak rapat Kluster Mengketil.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! TTK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook@Teh Tarik Kaw

: hmetro



SUMBER : tehtarikkaw.com



Live Website Traffic


loading...