www.edisiviral.com

Berita dan informasi edisi viral di Malaysia.


TERKINI: Nelayan bimbang pendedahan Sungai Kim Kim akan tutup pintu rezeki

0 month ago, 17-Mar-2019


PASIR GUDANG - Nak ditelan mati emak, diluah mati bapa.Itu situasi yang berlaku kepada sebilangan nelayan yang menjadikan Sungai Kim Kim sebagai mata pencarian masing-masing. Mereka tidak mahu pendedahan yang dibuat mengenai kes pencemaran di sungai berkenaan akan menjejaskan punca rezeki yang sememangnya menjadi kebergantungan kepada keluarga. Ini kerana, maklumat yang tersebar mampu mempengaruhi sesiapa sahaja hingga akhirnya mereka sendiri akan menanggung rugi.Malah, bukan setakat itu sahaja, Tinjauan MalaysiaGazette ke Kampung Pasir Putih di sini mendapati, banyak perkara yang dipendam oleh penduduk sejak sekian lama. Seorang penduduk yang juga nelayan di Kampung Pasir Putih, Mohd Roslan Yusof, 53, berkata, sisa toksik yang mencemarkan sungai ditempat mereka itu sememangnya sudah memakan masa yang bertahun. Banyak aduan telah buat, namun tindakan terhadap perkara itu seolah-olah tidak diambil sehingga timbul masalah yang sedang dihadapi ketika ini, dakwanya. Katanya, keadaan menjadi lebih kronik apabila berlaku insiden melibatkan manusia sejak 7 Mac lalu ditambah pula dengan saluran dan maklumat yang tidak tepat oleh pihak tertentu di laman sosial. "Kebanyakan nelayan di sini tidak berani untuk mendedahkan apa yang berlaku kerana dibimbangi akan menyebabkan orang ramai tidak mahu membeli hasil tangkapan mereka. "Jadi adalah lebih baik mereka mendiamkan diri daripada mendedahkan situasi yang berlaku kepada umum," katanya ketika ditemui di sini hari ini.Menurut Mohd Roslan, mereka yang menjadikan hasil laut sebagai sumber pendapatan hanya berharap agar keadaan yang berlaku kembali pulih serta menggesa pihak yang berkenaan lebih tegas dalam melakukan penguatkuasaan. Seorang lagi penduduk, Zulkarnain Hashim berkata, insiden yang berlaku tidak boleh didiamkan lagi dan langkah yang lebih tegas perlu diambil oleh pihak yang bertanggungjawab. Ujarnya, dia yang merupakan anak tempatan di Pasir Gudang sedih melihat keadaan yang berlaku di tanah kelahirannya itu. Tambah beliau, keadaan Sungai Kim Kim yang sebelum ini menjadi destinasi kaki pancing sudah bertukar sepi apabila mereka tidak lagi turun untuk mengail ikan. "Dengan pencemaran ini ikan pun lari. Memang tak nampak ada ikan mati, tapi apabila air sungai sudah bercampur dengan bahan kimia yang dibuang, ikan-ikan pun tidak lagi masuk ke Sungai Kim Kim ini. "Keadaan sememangnya semakin teruk sejak tempoh empat tahun kebelakangan ini. Semua itu berlaku angkara kilang-kilang industri di sini yang sewewenang-wenangnya melepaskan sisa toksik ke dalam sungai tanpa pengawasan," ujarnya. Sementara itu, Ketua Kampung, Kampung Pasir Putih, Suhaimi Ahmad Shah memberitahu, sejak insiden ribuan warga PAsir Gudang diserang pelbagai penyakit akibat pencemaran yang berlaku ada dalam kalangan penduduk di kawasannya menjadi trauma. Katanya, lebih menyedihkan lagi apabila hasil pendapatan penduduk yang merupakan nelayan terjejas teruk. "Ada nelayan yang takut hendak ke laut kerana takut mengalami masalah kesihatan seperti pernafasan. "Setakat ini 10 orang penduduk di kampung ini sudah mendapatkan rawatan. Mereka juga takut nak keluar rumah. Takut nak buat aktiviti luar," tambahnya. Dalam pada itu beliau berharap agar penduduk kampungnya lebih berjaga-jaga terhadap situasi yang berlaku ketika ini. - MalaysiaGazetteMalaysiaGazette.com - Online News / Portal - Follow US Now! Or visit www.malaysiagazette.com for the latest news on politics, economy, fashion, travel, lifestyle and more www.malaysiagazette.com#malaysiagazette #mgtv



SUMBER : youtube


Tags

Travel New York London IKEA NORWAY DIY Ideas Baby Family News Clothing Shopping Sports Games

Popular Posts


Related Posts