EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

TERKINI: Abramovich Sedang Dalam Proses Rekrut Avram Grant Sekali Lagi

0 month ago, 13-Jan-2021
save 2.0

Sky Sports melaporkan bahawa Roman Abramovich sedia untuk memanggil Avrant Grant ke dalam pengurusan pasukan Chelsea.

Chelsea sebelum ini memberikan sokongan penuh kepada Lampard dan tidak ada keutamaan untuk mereka menggantikan pengurus tersebut.

Namun itu bukan jaminan Lampard akan terus kekal sekiranya beliau gagal membentuk pasukan yang mantap dalam masa terdekat. Lampard sebelum ini sudah berbelanja lebih GBP220 juta. Terbanyak pernah dilaburkan untuk satu musim pertama pengurus berbelanja.

Oleh kerana Chelsea mahu membantu Lampard membentu pasukan yang mantap, maka mereka menagih kepakaran Grant untuk bekerja bersama dengan Lampard.

Grant bukan dilantik untuk menjadi pengurus pasukan. Namun beliau akan diberikan jawatan teknikal di kejurulatihan. Lebih kepada penasihat kepada Frank Lampard.

Grant sebelum ini bekerja untuk North East United di Liga Super India sehingga 2018 sebagai penasihat teknikal. Dan juga pernah menjadi penasihat Polic Tero pada 2014.

Grant pernah mengambil alih jawatan pengurus di Chelsea. Membawa kelab mereka mara ke final UCL buat pertama kali pada 2008. Namun tewas di tangan United menerusi penentuan penalti.

Hubungan Grant dan Abramovic sangat rapat. Dan masih bertinteraksi sehinga kini. Ketika Grant mengendalikan Chelsea, beliau mencatatkan purata mata tertinggi dengan 2.31 mata per perlawanan mengatasi Jose Mourinho (2.19) dan Antonio Conte (2.14).

Grant sebelum ini pernah menyatakan kegembiraannya melihat bekas anak didiknya, Frank Lampard menjadi pengurus Chelsea dan menyokong penuh perlantikan itu.

Chelsea owner Roman Abramovich is considering a move to bring former manager Avram Grant back to Stamford Bridge to join Frank Lampard's backroom team.

Sky Sports News (@SkySportsNews) January 12, 2021

Grant berkata: Saya cuma boleh katakan kepada Frank dan kesemua yang lain dalam kelab Chelsea, agar bersabar. Dan paling penting Lampard fokus untuk melakukan apa yang sepatutnya.

Dua perkara yang kamu tak boleh hilang ketika pasukan kamu kemudi sedang bergelut, pertamanya, jangan hilang semangat melawan di tahap tertinggi. Keduanya, jangan hilang ini [tunjuk kepada kepala merujuk kepada akal], kamu harus berfikir dengan betul dan mencari solusi terbaik.

Avram Grant on Chelseas current situation, via Instagram.

To Frank and members of the board, I would say be patient, and do whatever is necessary.#cfc pic.twitter.com/Gc0F5spUa2

LDN (@LDNFootbalI) January 12, 2021

Jika kamu melakukan semua itu, maka semuanya akan baik baik sahaja. Kerana kualiti sudah ada di dalam sana, ketika saya di Chelsea lagi.

Jurulatih dari Israel itu menguruskan Lampard di Chelsea sebelum menyertai Portsmouth dan West Ham. Beliau gagal memberikan trofi kepada Chelsea. Beliau menamatkan kariernya di Chelsea sebelum ini tanpa sebarang kekalahan di tempat sendiri.

Menurut Football London, rata rata penyokong Chelsea suka dengan perlantikan tersebut. Salah seorang penyokong berkata: Pengalaman yang berguna di sini. Saya rasa dia memang dibawa untuk membantu Lampard dalam apa jua cara sekalipun dengan menambahkan pengalamannya untuk menyokong Lampard.

Chelsea owner Roman Abramovich is considering a move to bring former manager Avram Grant back to Stamford Bridge to join Frank Lampard's backroom team.

Sky Sports pic.twitter.com/wN0C8Llhar

Simon Phillips (@SiPhillipsSport) January 12, 2021

Namun ada juga yang mengesyaki Avram Grant ibarat serampang dua mata. Dalam pada masa dia membantu Lampard, dia juga menjadi jurulatih yang bersedia pada bila bila masa untuk mengambil alih jawatan Lampard sekiranya sesuatu tidak lagi memihak Frank Lampard.

Lampard perlu berikan terbaik

Dalam laporan sebelum ini, selepas kekalahan di tangan Manchester City membuatkan masa depan Frank Lampard dibincangkan oleh pengurusan tertinggi.

The Athletic melaporkan ada 3 pertimbangan utama yang membawa kepada perbincangan tersebut. Pertamanya, pengurusan tertinggi kini menyenaraikan beberapa nama yang berpotensi menggantikan Frank Lampard di Stamford Bridge sebagai pengurus Chelsea.

Keduanya adalah, persoalan tentang prestasi Kai Havertz dan Timo Werner, dua marquee signing yang masih bergelut dengan prestasi di bawah bimbingan Frank Lampard.

Havertz dan Werner menjadi antara pemain yang cemerlang di Eropah dalam beberapa musim sebelum ini ketika di kelab lama mereka.

Havertz merupakan rekod pembelian termahal dalam sejarah Chelsea dengan rekod 71 juta. Manakala Timo Werner dibeli dengan nilai sekitar 41 juta.

???? Chelsea hierarchy looking at alternatives to Lampard
???? Concerns over struggles of Havertz and Werner
???? Tensions between manager and some of squad

After losing to #MCFC, Lampard's position is in jeopardy#CFC | #CHEMCI | @liam_twomey | @SJohnsonSport

The Athletic UK (@TheAthleticUK) January 3, 2021

Dan ketiga, dikatakan sudah ada pemain yang tidak berpuas hati dengan Lampard. Ini bukan perkara yang mengejutkan kerana sebelum ini beberapa pengurus Chelsea hilang jawatan kerana tidak harmorni dengan pemain.

Roman Abramovich dikenali dengan polisi yang tidak teragak agak memecat pengurus yang tidak sehaluan dengan pemain. Frank Lampard sudah membelanjakan lebih 220 juta sejak menjadi pengurus Chelsea. Di sebalik sokongan yang kuat dari segi kewangan, Chelsea masih sukar mendapat rentak di atas padang.

Selepas 17 perlawanan, Chelsea hanya mendapat 26 mata. 3 mata kurang daripada musim lalu untuk jumlah perlawanan yang sama.

Lampard memiliki rekod yang buruk berdepan dengan pasukan kuat seperti Man City. Sudah ada desas desus bahawa Chelsea sedia melantik Thomas Tuchel sebagai pengganti Lampard jika beliau dipecat.

Tuchel pada masa yang sama sudah memberikan isyarat bahawa beliau sedia mengambil alih, dan tidak mahu berehat terlalu lama.

Namun kemenangan Chelsea dalam saingan Piala FA dianggap sangat penting untuk Lampard mencorak semula momentum pasukannya.



SUMBER : axello.net



Live Website Traffic


loading...