EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Terkilan sebab tengok cara tudung yang nampak leher. Tak sangka ini respon padu dari Yatt Hamzah buat warganet tergamam.

0 month ago, 14-Feb-2020

Bek4s pelakon, Yatt Hamzah ada meluahkan rasa sed1h apabila melihat fesyen tudung masa kini yang dikatakan tidak mengikut syariat yang ditetapkan dalam agama Islam. Kongsi Yatt atau nama sebenarnya Haryati Hamzah memberi nasihat kepada kaum wanita untuk menjaga dan menutup aur4t dengan sempurna.

Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan2 yg beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. [Surah Al-Ahzab : 59]

Iman seakan-akan menjerit apabila melihat mereka yang tidak mampu untuk menutup aurat dengan sempurna. Sedarlah duhai wanita kalian dikasihi ALLAH.. Tutuplah aur4tmu dengan sempurna.. Wallahi, aku menulis dan berpesan ini LILLAHITAALA hanya keranaMU, utk diriku juga krn aku ada anak2 perempuan yg sdg membesar menjadi dewasa dan bakal menjadi ibu seperti ku. Jauhkan mereka dr perkara2 Mungkar.

Aku juga pernah lalai dan jahl, krn itu aku tdk mahu perkara yg sama berlaku pd wanita2 lain. Aku berpesan krn aku sayangkan semua. Berikan kami kekuatan utk menjadi wanita Solehah yg taat padaMU krn kami takut azbMU yg amat dasyhat.. ALLAHUAKBAR.., tulisnya. Semoga perkongsian Yatt dapat dijadikan panduan buat semua kaum wanita.

:Instagram Yatt Hamzah via MH

Yatt anggap suami syahid jika berlaku apa-apa

“SAYA berbangga dengan perjuangan suami. Jika apa-apa berlaku terhadapnya saya anggap ia sebagai syahid,” kata pelakon, Yatt Hamzah, 39, yang berkongsi pengalaman suaminya, Mohammad Zulfadhli Khiruddin, 27, ditahan tentera di pintu Rafah, Mesir, malam tadi.

Yatt berkata, suaminya yang juga Pengarah Media Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) ditahan bersama pelakon, Heliza Helmi, adiknya, Hazwani Helmi, ketua delagasi, Dr Sany Araby dan Setiausaha Kementerian Luar.

Katanya, mereka menyertai misi kemanusiaan #wakeupforGaza di Palestin sejak 8 Julai lalu dan sepatutnya tiba di tanah air jam 10 malam, hari ini (waktu Malaysia). “Sebaik tiba di pintu masuk Rafah jam 10 malam tadi (waktu Malaysia), lapan sukarelawan kita ditahan. Mereka disuruh bermalam di tepi tembok dengan ketiadaan makanan serta minuman.

“Suami dan sukarelawan diarah pulang ke Gaza serta perlu melalui 20 pusat pemeriksaan dengan menaiki bas. Mereka tidak dapat menaiki kapal terbang dan terpaksa membeli tiket baru bernilai belasan ribu ringgit,” katanya.

Menurut Yatt, suaminya menghubungi dia jam 2 pagi, hari ini tetapi dia sudah pun tidur. Setakat ini mereka berhubung menerusi aplikasi WhatsApp. “Saya berbangga dengan suami dan dia adalah imam saya. Walaupun hanya suami ke sana, ia ibarat dia membawa saya dan anak.

“Setakat ini saya menunaikan solat hajat, berdoa dan menangis semoga semua sukarelawan selamat. Saya mohon kepada rakyat Malaysia mengirimkan doa yang sama,” katanya. Menurutnya, Mohammad Zulfadhli yang menyertai delegasi selama 10 hari kerap terbabit misi kemanusiaan sejak 2013, tambahan pula dia jurugambar di MAPIM.

“Suami adalah Pengarah Media badan itu dan setahun lapan kali pergi ke Palestin. Sebagai seorang isteri, naluri mengatakan suami dan sukarelawan yang lain selamat berdasarkan pengalaman saya pernah ditahan di lokasi sama pada 2013,” katanya.

Yatt yang pernah menyertai misi kemanusiaan di Syria pada 2015 berharap perjuangan suaminya menjadi jihad demi membantu umat Islam tertndas. “Sememangnya tentera sangat jahat dan mereka tidak mempedulikan bayi, kanak-kanak dan warga emas biarpun dirayu,” katanya.


SUMBER : metro.allnws.com

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...