EdisiViral.Com Search Guest Post Login

4 maut terkena renjatan elektrik

0 month ago, 21-Jul-2019

SEORANG wanita hamil bersama tiga lelaki maut selepas tangga rumah teres dua tingkat yang sedang diubahsuai runtuh lalu menghempap mereka dalam kejadian di Kampung Matang Pagar, Sungai Buloh, kira-kira jam 1 tengah hari tadi.

Pusat Gerakan Operasi Selangor (PGO Selangor) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berkata, seramai enam anggota dan seorang pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Buloh dikejarkan ke lokasi sebaik menerima panggilan kecemasan pada jam 1.07 tengah hari.

Katanya, sebaik tiba di lokasi, bomba mendapati sebuah rumah teres dua tingkat sedang diubahsuai runtuh.

Runtuhan menghempap empat mangsa membabitkan dua warga Indonesia dan dua warga tempatan.

Salah seorang mangsa adalah wanita hamil, katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, semua mangsa dipercayai turut terkena renjatan elektrik daripada sistem pendawaian rumah berkenaan.

Katanya, usaha menyelamat dan mengeluarkan mangsa sedang giat dijalankan dan semua mangsa tidak memberi sebarang maklum balas, kemungkinan sudah meninggal dunia.


SUMBER : hmetro.com.my



Live Website Traffic





www.edisiviral.com