EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

'Terkejut beruk aku tengok ada gelang getah dalam hidung anak!'

0 month ago, 15-Sep-2020


Rasa curiga terhadap bau busuk di hidung anak akhirnya terjawab apabila si ibu ternampak ada bendasing di dalam hidung anak lelakinya itu. 

Entah bagaimana gelang getah itu boleh berada di dalam hidungnya, tetapi bendasing itu telah menyebabkan mangsa mengalami selesema berlarutan. Jika dibiarkan, ia boleh menyebabkan jangkitan yang serius dan terpaksa mendapatkan rawatan di hospital. 

Si ibu cuba mengeluarkan gelang getah itu, tetapi tidak berjaya berikutan mangsa tidak memberi kerjasama. Dalam keadaan yang terpaksa, setelah beberapa kali mencuba, akhirnya gelang getah itu berjaya dikeluarkan. 

Kes ini wajar dijadikan sebagai peringatan buat golongan ibu bapa agar sentiasa memantau pergerakan anak-anak bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini seperti ini berulang. 

KEJADIAN ini berlaku malam semalam. Sebab aku ni jenis kuat cium pipi si anak-anak kan. Ye la, geram dengan anak sendiri tak apa kan? 

Daniel tengah lena tidur semalam, aku pun cium-cium pipi dia sebab dia gebu sangat kan. Aku pun peliklah, kenapa hidung Daniel berbau eh? Dua tiga hari ini, semenjak si Daniel selesema, hidung dia berbau. Hairanlah kan? Mulut Daniel tak berbau, tapi hidung pula yang berbau. 

Semalam, hati aku terdetik sangat nak check hidung dia. Sekali aku tengok macam ada something dalam hidung dia. Aku pun suluhlah guna lampu telefon.

Sekali tengok, ada gelang getah dalam hidung dia. Terkejut beruk aku time tu. Ya Allah, rasa jantung aku nak pecah je. Cepat-cepat aku call ayah Daniel masa tu, dia tengah kayuh basikal malam-malam kan. 

Kemudian, ayah Daniel suruh aku korek guna penyepit uban tu. Ketika aku tengah korek, Daniel pula terbangun. Sudahnya gelang getah itu termasuk ke dalam hidung dia semula. 

Aku takut gelang getah itu termasuk jauh ke dalam lagi sebab Daniel pi sedut benda tu. Lagilah gelang getah itu berada semakin dalam kan. 

Aku pun tak berani kacau lagi, takut tersalah buat, habis koyak hidung si Daniel nanti. Dengan dia tak boleh nak duduk lagi. Tunggu ayah dia balik, baru korek. 

Tapi macam tu la, guna tenaga lebih sebab Daniel dah menangis-nangis kesakitan. Nak korek benda tu keluar memang agak seksa. Dengan dia yang tak boleh nak beri kerjasama, memang kena paksalah kan. Takut nanti terkena jangkitan kuman, kena pergi hospital pula. Makan masa yang lama pula tu. 

Mujurlah semalam gelang getah itu dah dibuang. Kalau aku tak periksa, entah berapa lama getah itu duduk di dalam hidung dia. Ya Allah, macam manalah Daniel masukkan benda tu.

Masa aku check, ingatkan getah separuh je kat dalam hidung dia. Sekali ayah dia korek, getah yang bulat tu. Ya Allah.. Allahuakbar Daniel... Daniel. Sebab dia tak adalah buat perangai pelik-pelik, menangis ke apa sebelum ini. Itulah kami tak syak apa-apa. Yang aku sedar pun bila hidung Daniel berbau busuk kan. Tu yang aku syak macam ada benda tak kena kat dia. 

Selepas ini aku kena pantau Daniel lebih berhati-hati. Ya Allah, mujurlah Kau bagi aku petunjuk semua ini. Kalau tak, tak tahu apa yang akan terjadi, kan. Itulah kisahnya. 

: Sailaniey Dewiey II


SUMBER : viralpurba.com

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...