EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

16 juta terjejas angkara Covid-19

0 month ago, 26-Jul-2020

Paris: Angka global yang terjejas ekoran Covid-19 kini sudah melepasi 16 juta hari ini, dengan lebih daripada separuh yang dijangkiti berasal dari Amerika dan Caribben, menurut sumber rasmi kepada AFP.

Jumlah 16 juta kes itu termasuk 645,184 kematian dengan Amerika Syarikat yang menjadi negara paling teruk terjejas mencatatkan 4.1 juta jangkitan dengan 146,460 kematian.

Negara Amerika Latin dan Caribbean pula merekodkan 4.3 juta kes dengan 182,501 kematian diikuti 3 juta kes dan 207,734 kematian di Eropah.

Penularan pandemik berkenaan terus melonjak dan lebih lima juta kes direkodkan sehingga Julai ini yang mewakili satu pertiga daripada jumlah kes sejak tercetusnya wabak ini.

Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) berkata, lebih satu juta kes direkodkan sejak lima minggu lalu dengan lebih 280,000 berlaku pada 24 Julai saja.

Belgium menjadi negara yang mempunyai jumlah kematian tertinggi dengan 85 kematian bagi 100,000 orang diikuti Britain dengan 67, Sepanyol (61), Itali (58) dan Sweden (56).

Peningkatan jumlah kes yang tinggi ini diperoleh AFP dari data yang dikeluarkan pihak berkuasa nasional dan maklumat dari WHO namun ia mungkin hanya mencerminkan sebilangan kecil dari jumlah jangkitan yang sebenar.

Sebilangan besar negara hanya menguji kes simptomatik dan serius sementara negara lain masih mempunyai keupayaan ujian terhad.


SUMBER : hmetro.com.my

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...