EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Terinspirasi Dari Video TikTok Ini! Misha Omar Titip Pesanan Buat Pelajar Gagal SPM

0 month ago, 11-Jun-2021

Sudah menjadi acara tahunan, setiap kali keputusan SPM diumumkan, maka di media sosial banyak menceritakan kisah-kisah gembira dan kejayaan. Namun tidak kurangnya yang menangis kecewa kerana tidak mencapai hasrat sendiri dan keluarga.

Sesetengah berpendapat keputusan SPM sangat penting, tetapi ia bukanlah penentu masa depan seseorang. Tahap kematangan seseorang individu adalah berbeza dan jika berusaha gigih, masa depan mereka pasti cerah.

IKLAN

Video TikTok Dari Shahzakaria Jadi Inspirasi

Hal ini juga dipersetujui oleh penyanyi popular, Misha Omar atau lebih mesra dipanggil Kak Mitch. Misha berkongsi sebuah video TikTok dari seorang lelaki bernamaShahzakaria. Melalui video itu, lelaki ini berkongsi bahawa keputusan SPM tidak cemerlang seperti orang lain. Namun dia tidak berputus asa.

Dalam mengejar impiannya, dia pernah menjadi Pegawal Keselamatan dan berniaga air minuman di gerai. Amat membanggakan, berkat kesabaran dan tak berputus asa, kini Shahzakaria bekerja sebagai Eksekutif Keselamatan di sebuah syarikat minyak dan gas.

Foto: Instagram @mishaomar

Misha tertarik dengan video perjalanan anak muda ini dan berkongsi di akaun Instagramnya, lalu menitip ucapan kepada semua pelajar yang kurang cemerlang dalam SPM.

Setiap orang ada langkah yang tersendiri dalam perjalanan hidup ni. Tak semestinya yang mengecapi kegagalan pada awal perjalanan hidup mereka dianggap gagal adik-adik.

Misi hidup ni tetap semuanya sama, mahu berjaya, tak perlu bandingkan hidup kita dengan orang lain. Yang berjaya Kita raikan. Yang gagal Kita tetap hembuskan kata-kata semangat untuk mereka berusaha terus untuk mengecapi kejayaan di masa akan datang. Kak Mitch akan selalu doakan adik-adik kak Mitch semua tau!- tulisnya di Instagram

Diharapkan pesanan dari Misha dapat membantu para lepasan pelajar SPM untuk terus bersemangat mengejar impian masing-masing. Gagal sekali tidak bererti gagal selamanya. Jadi, jangan anggap gagal SPM sebagai satu titik akhir dalam hidup. Insya-Allah jika berusaha, kejayaan pasti ada. Pelajar yang gagal atau keputusan cukup makan tidak perlu risau kerana banyak peluang untuk berjaya.

***Jangan lupa langgan saluran Telegram Murai untuk kemas kini berita terkini.



SUMBER : murai.my



Live Website Traffic


loading...