EdisiViral.Com Search Guest Post Login

Terima foto ibu termenung di anjung rumah, pemuda ini sayu imbau memori ketika kecil

0 month ago, 13-Sep-2019

Anak-anak merupakan harta yang tidak ternilai. Oleh sebab itu, apabila anak-anak mulai dewasa dan mempunyai kehidupan sendiri, mereka hendaklah sentiasa terus mengingati orang tua mereka.

Hal ini kerana kebanyakkan orang tua hanya mahukan perhatian daripada anak-anak seperti yang mereka pernah beri sewaktu zuriat mereka kecil. Oleh itu, sebagai anak, kita hendaklah kerap menjenguk dan memastikan mereka dalam keadaan gembira.

Menerusi perkongsian sayu daripada pengguna Facebook dikenali sebagai Cucu Che Hat, dia telah memuat naik gambar ibunya yang termenung di anjung rumah sendirian.

Melalui kapsyen yang disertakan dengan gambar, lelaki itu telah berkongsi keadaan mereka sekeluarga sewaktu kecil yang sangat meriah dan kini hanya tinggal kenangan sahaja apabila bapanya juga sudah meninggal dunia.

Menurutnya lagi, ibunya mungkin berasa sunyi selepas adik bongsu menyambung pelajaran ke universiti dan bapa mereka meninggal dunia. Jika pergi ke rumah anak-anak yang lain pula, hanya bertahan beberapa minggu dan tidak lama selepas itu ingin pulang ke kampung halaman.

Dia yang bertugas sebagai bomba mengakui bahawa ingin menjaga ibunya namun belum ada rezeki untuk bertukar tempat kerja berdekatan rumah ibu tercinta.

Sehubungan dengan itu, menjengah ke ruangan komen Facebook lelaki itu, rata-rata warganet berasa sayu dan teringat akan ibu di kampung. Mereka juga berkongsi kisah bersama ibu bapa mereka yang rata-rata meminta agar semua pihak terus mengingati dan menyayangi orang tua masing-masing.

:Cucu Che Hat via OMM




Live Website Traffic





www.edisiviral.com