EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Terima saman dari negeri lain, lelaki ini akhirnya temui kembar kereta dengan nombor plat dan cukai jalan yang sama

0 month ago, 17-Sep-2020

Sebagai seorang pengguna jalan raya, mematuhi peraturan dan undang-undang yang ditetapkan adalah satu perkara yang akan dilakukan oleh semua pemandu kenderaan mahupun penunggang motosikal. Bagi mengelakkan kita daripada dikenakan tindakan saman, kita akan mengikuti setiap peraturan had laju dan undang-undang jalan raya yang lain. Namun, apa agaknya perasaan anda sekiranya menerima lambakan saman kesalahan melebihi had laju dari negeri lain?

Inilah yang dihadapi oleh seorang pemilik kenderaan jenis Mazda berwarna merah dari Johor. Menurut perkongsian di Facebook oleh Info Road JPJ/POLIS, individu ini sering menerima notis saman tentang kesalahan melebihi had laju dari negeri lain sedangkan dia tidak memandu di negeri yang berkenaan. Jadi, bagaimana perkara ini boleh berlaku?

Hasil siasatan pihak berkuasa mendapati terdapat dua jenis kenderaan yang sama dari segi jenis, warna, cukai jalan dan nombor pendaftaran telah didaftarkan atas nama individu berkenaan di mana individu yang kedua adalah berasal dari Bangi.

Usaha pemilik asal dari Johor ini untuk menjejaki kembar keretanya berjaya dan penemuan ini begitu mengejutkan ramai pihak. Dipercayai, pemilik Mazda dari Bangi ini telah bertindak sedemikian demi melarikan diri daripada membayar saman bagi semua kesalahan jalan raya yang telah dilakukannya.


Namun, majoriti warganet tertanya-tanya mengapa dan bagaimana hal ini boleh berlaku. Etika kerja pegawai JPJ telah dipersoalkan oleh warganet yang beranggapan kemungkinan besar ada individu yang membantu pemilik Mazda dari Bangi itu untuk mendapatkan cukai jalan yang sama!

Apa-apa pun, tahniah diucapkan oleh pemilik Mazda dari Johor kerana berjaya merungkai segala misteri tentang saman yang diterimanya. Semoga kes ini akan diselesaikan secepat mungkin supaya individu yang bertanggungjawab akan dikenakan tindakan pengadilan.

Terima saman dari negeri lain, lelaki ini akhirnya temui kembar kereta dengan nombor plat dan cukai jalan yang sama Era Baru Malaysia.


SUMBER : erabaru.com.my

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...