EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

902 terima rawatan ICU, 82 lagi kematian hari ini

0 month ago, 07-Jun-2021

Pekerja perkhidmatan pengebumian mengangkat keranda pesakit Covid-19 untuk di tanam di Tanah Perkuburan (Bukan Islam) Fairy Memorial Park, Klang, hari ini. GAMBAR: Abd Razak Aid

ANGKA kematian akibat COVID-19 menurun sedikit hari ini kepada 82 kes berbanding 87 yang dilaporkan semalam.

Sebagai rekod, kematian harian tertinggi yang pernah direkodkan adalah pada Rabu minggu lalu apabila sebanyak 126 meninggal dunia akibat COVID-19.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kematian yang direkodkan hari ini sekali gus menjadikan kumulatif korban adalah sebanyak 3,460 kes.

Menurut Dr. Noor Hisham, kadar kematian dicatatkan hari ini melibatkan 80 warganegara manakala dua lagi bukan rakyat Malaysia.

Beliau berkata, kes kematian tertinggi hari ini dilaporkan di Selangor melibatkan 23 yang meninggal dunia.

Selain itu, kata beliau, 17 kes dilaporkan di Johor, 11 di Negeri Sembilan, lapan di Kuala Lumpur dan lima di Kedah.

Masing-masing empat kes dikesan di Sarawak, Perak dan Kelantan; dua kes di Labuan serta masing-masing satu kes di Sabah, Melaka, Terengganu dan Pulau Pinang, katanya dalam kenyataan hari ini.

Baca artikel berkaitan: Kes baharu turun lagi kepada 5,271, terendah sejak 19 hari

Dr. Noor Hisham turut memaklumkan korban termuda hari ini melibatkan seorang lelaki berusia 24 tahun yang juga merupakan kes Brought in Dead (BID) dengan jenazah dibawa ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Cheras.

Beliau memaklumkan, lelaki berkenaan mempunyai latar belakang penyakit asma dan obesiti.

Kematian tertua pula melibatkan seorang wanita berusia 96 tahun, meninggal dunia di Hospital Raja Perempuan Zainai II, Kota Bharu yang mempunyai sejarah penyakit darah tinggi.

Sebanyak enam kes yang direkodkan hari ini adalah kes BID termasuk seorang wanita berusia 35 tahun yang dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang.

Selain itu, daripada keseluruhan 82 kematian, lima individu yang meninggal dunia akibat COVID-19 dikesan tidak mempunyai latar belakang penyakit.

Dr. Noor Hisham berkata, sebanyak 7,548 kes dilaporkan sembuh hari ini menjadikan jumlah kumulatif adalah sebanyak 534,357 manakala kes aktif pula mencecah 84,269 kes.

Sementara itu, jumlah pesakit yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) meningkat kepada 902 kes hari ini.

Kata beliau, sebanyak 447 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami diFacebook,Twitter,Instagram&Telegram



SUMBER : utusantv.com



Live Website Traffic


loading...