www.edisiviral.com

Berita dan informasi edisi viral di Malaysia.


ASN 2018 terima 65 pencalonan

0 month ago, 17-Apr-2019


ZUBIR SULAIMAN

JAGUH berbasikal trek negara, Mohd Azizulhasni Awang dan atlet muda tenpin boling negara, Muhammad Rafiq Ismail sekali lagi menjadi calon utama bagi merebut gelaran Anugerah Olahragawan Kebangsaan pada Majlis Anugerah Sukan Negara (ASN) 2018 yang bakal berlangsung di Shangri-la Hotel pada 23 April depan.

Manakala S. Sivasangari (Skuasy), Phoon Eyin (Wushu), Siti Zalina Ahmad (Lawn Bowls) dan Goh Jin Wei (Badminton) akan merebut Anugerah Olahragawati Kebangsaan susulan pencapaian hebat mereka tahun lalu.

Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Ahmad Shapawi Ismail berkata, jawatankuasa pemilihan menerima sebanyak 65 pencalonan daripada persatuan sukan kebangsaan, Majlis Sukan Negeri, Majlis Olimpik Malaysia dan Majlis Paralimpik Malaysia yang dibuka sejak Februari sehingga 31 Mac lalu.

Menurutnya, sebanyak 11 kategori anugerah dipertaruhkan antaranya termasuklah Anugerah Jurulatih Lelaki Kebangsaan, Jurulatih Wanita, Pasukan Lelaki , Pasukan Wanita, Olahragawan Paralimpik, Olahragawati Paralimpik, Olahragawan, Olahragawati, Kepimpinan Sukan, Tokoh Sukan dan Anugerah Khas.

“Ahli Jawatankuasa Pemilihan telah pun menyenarai pendek dan memilih pemenang-pemenang bagi setiap kategori yang dipertandingkan dan akan diumumkan pada majlis yang gilang gemilang itu nanti.

“Antara senarai calon-calon yang telah dipertimbangkan adalah seperti Azizulhasni Awang (Berbasikal), Muhammad Rafiq Ismail (Tenpin boling), Shahrul Azman Mahen Abdullah (Bina badan), Abdul Latif Romly (Olahraga Para), Muhammad Ziyad Zolkefli (Olahraga Para) manakala bagi calon wanita kita ada S. Sivasangari (Skuasy), Siti Zalina Ahmad (Lawn bowls), Siti Safiyah Amirah Abdul Rahman (Tenpin boling) Amy Kwan (Gimrama) dan lain-lain lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan Anugerah Sukan Negara 2018 yang dipengerusikan Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan, Dr Waitchalla RRV Suppiah di sini, semalam.

Mengulas lanjut, Ahmad Shapawi berkata, asas pemilihan Majlis Anugerah Sukan Negera pada kali ini menjurus kepada pencapaian atlet pada temasya Sukan Asia dan Sukan Komanwel 2018 selain daripada kejohanan-kejohanan dunia.
Katanya, majlis tersebut turut mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk berangkat hadir dan menyampaikan hadiah kepada pemenang utama.

ASN 2018 terima 65 pencalonan Sukan Sinar.




SUMBER : sukansinar.com


Tags

Travel New York London IKEA NORWAY DIY Ideas Baby Family News Clothing Shopping Sports Games

Popular Posts


Related Posts