EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Terima Kasih Sudi Jadi Teman Saya Di Dunia, Semoga Saya Dapat Teman Awak Di Syurga

0 month ago, 14-Oct-2021

Penyanyi yang popular dengan lagu Kalis Rindu, Elyana mencuri perhatian netizen apabila memuat naik ucapan penuh hiba sempena ulang tahun perkahwinan yang ke-11. Menurut Elyana, dalam tempoh 11 tahun perkahwinan itu, dia turut menderita kanser selama 10 tahun.

Advertisement

Katanya lagi, walaupun mereka mempunyai jurang usia sebanyak 12 tahun, itu sedikit pun tidak mengubah hakikat bahawa suaminya yang pertama di hatinya.

Di kesempatan itu, Elyana menitipkan ucapan terima kasih kepada suami kerana sudi menjadi teman hidupnya di dunia. Penyanyi ini berharap dia juga dapat menemani suami apabila di syurga kelak.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata daripada peminat tersentuh membaca ucapan penuh ikhlas penyanyi itu. Mereka mendoakan semoga Elyana diberikan kesihatan dan kesembuhan supaya dia dapat terus bahagia bersama keluarga.

Mereka turut memuji kesetiaan pasangan ini apabila masing-masing diuji dengan dugaan yang sungguh berat.

Apa-apa pun selamat ulang tahun perkahwinan diucapkan kepada Elyana dan suami. Semoga apa yang dihajati dimakbulkan Allah SWT.

Jangan lupa Like dan Follow Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Terima Kasih Sudi Jadi Teman Saya Di Dunia, Semoga Saya Dapat Teman Awak Di Syurga first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.





Live Website Traffic


loading...