EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Terima kasih atas sokongan diberikan! Isteri kongsi swafoto tular tunjuk suaminya pengsan sebaik sahaja anak mereka dilahirkan

1 month ago, 10-Feb-2020

Saat kelahiran cahaya mata merupakan saat yang akan diingati pasangan suami isteri sampai bila-bila dengan syarat kedua pasangan berada bersama untuk merasai pengalaman itu.

Kajian dari Nelson Arnicare menunjukkan 5% lelaki didapati pengsan ketika menemani isteri di dalam bilik kelahiran, sementara 16% wanita berkata mereka mahu ahli keluarga lain menemani ketika kelahiran cahaya mata selain suami.

Salah seorang suami yang membuktikan kebenaran kajian itu adalah lelaki ini yang gambarnya telah dirakam isteri ketika mereka berada di dalam bilik kelahiran menyambut kehadiran cahaya mata pertama.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Worth Feed (@worthfeed) on

worthfeed/Instagram

Suami ini terlalu gembira dan tidak sabar menyaksikan kelahiran zuriatnya ke dunia tetapi pada masa yang sama berasa teramat gementar, takut serta mungkin turut merasai kesakitan isterinya ketika proses kelahiran itu.

Sehingga telah menyebabkan dia rebah ke lantai sebaik sahaja anak mereka dilahirkan.

Kelihatan dalam gambar yang melucukan, isterinya baru menjadi ibu pertama kali telah mengambil swafoto dengan latar belakang suaminya yang pengsan di atas lantai bersama 3 orang kakitangan perubatan yang cuba membangkitkannya.

Salah seorang kakitangan memegang si kecil yang sihat dan selamat dilahirkan untuk memastikan dia diperlihatkan kepada bapanya sebaik sahaja matanya terbuka dan bangkit daripada pengsan.

worthfeed/Instagram

Ibu yang kuat semangat ini baru sahaja melahirkan anaknya dan kita semua tahu betapa sakitnya proses kelahiran apatah lagi pengalaman pertama kali.

Tetapi reaksi suaminya melalui pengalaman itu telah membuatkan ia menjadi momen lucu yang perlu dirakam untuk tatapan anak mereka di masa hadapan.

Maka, tidak hairan si ibu terus tersenyum lebar dalam swafotonya. Detik tidak dapat dilupakan selepas dia selamat melahirkan buah hati barunya ke dunia dan buah hati sedia adanya pula pengsan untuk membuatnya terus ketawa ceria..

Momen kelahiran sudah pasti amat menggembirakan dan insiden suami yang pengsan ketika menemani isteri bersalin. Beberapa beberapa netizen juga meninggalkan komen agar berharap mereka tidak akan mengikuti pengalaman pengsan tersebut.

worthfeed/Instagram

Penulis Mark Woods dalam bukunya Pregnancy For Men: 101 Tips, Pengalaman pertama ketika saat kelahiran cahaya mata tidak akan meninggalkan anda.

Mengejutkan atau sentimental, traumatik atau alami perubahan. Memori ketika saat anda menjadi bapa dan apa yang telah dilalui oleh pasangan anda dalam memastikan momen itu berlaku akan terus diingati sepanjang riwayat anda.

Jadi, pastikan para suami berada di sisi isteri ketika saat kelahiran walaupun anda terpaksa pengsan dan tidak mengapa kerana anda akan bangkit menjadi bapa dengan bangga selepas itu.

Terima kasih atas sokongan diberikan! Isteri kongsi swafoto tular tunjuk suaminya pengsan sebaik sahaja anak mereka dilahirkan Era Baru Malaysia.


SUMBER : erabaru.com.my

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...