www.edisiviral.com

Berita dan informasi edisi viral di Malaysia.


Terima Kasih Semua, Bukan Soal KM Tapi Mengenai Keluhuran dan Tafsiran Perlembagaan

0 month ago, 07-Nov-2018


KOTA KINABALU, 7 Nov Mantan Ketua Menteri (KM) Sabah, Tan Sri Musa Aman mengucapkan terima kasih kepada mahkamah, keluarga, pasukan peguam dan semua penyokong setia yang sentiasa menjunjung dan menghormati Perlembagaan Negeri Sabah.

Sudah tentu kita berasa kecewa dengan keputusan pada hari ini. Walau bagaimanapun, suka saya menekankan bahawa isu ini bukan soal sama ada saya menjadi Ketua Menteri atau tidak.

Ini soal yang sangat penting iaitu mengenai keluhuran dan tafsiran yang sebenar terhadap Perlembagaan Negeri serta kuasa TYT untuk melantik dan memecat Ketua Menteri.

Saya berpendapat bahawa isu ini belum selesai sepenuhnya pada hari ini. Saya telah mengarahkan peguam saya untuk membuat rayuan terhadap keputusan ini, katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu hari ini membuat keputusan dengan menolak saman Musa yang mencabar kesahihan perlantikan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal sebagai Ketua Menteri Sabah.

Hakim Datuk Yew Jin Kie membuat keputusan demikian dan menetapkan kos mahkamah sebanyak RM30,000 yang perlu ditanggung oleh pihak plaintif. – MediaUMNO


SUMBER : umno-online.my


Tags

Travel New York London IKEA NORWAY DIY Ideas Baby Family News Clothing Shopping Sports Games

Popular Posts


Related Posts