www.edisiviral.com

Berita dan informasi edisi viral di Malaysia.


Terima Kasih Ayu Raudhah, Jatuh Bangun Saya Hanya Dia Yang Tahu Zaquan Adha

0 month ago, 07-Dec-2018


Kejayaan skuad Harimau Malaya yang berjaya ke final AFF Suzuki Cup 2018 cukup membanggakan rakyat Malaysia. Bukan sahaja sokongan peminat yang menguatkan lagi semangat mereka, tetapi keluarga juga menjadi tulang belakang disebalik kejayaan yang dikecapi.

Kapten skuad Harimau Malaya, Zaquan Adha baru-baru ini sempat menzahirkan ucapan terima kasih untuk ibunya dan isteri tercinta yang selama ini cukup memahami serta sering memberikan sokongan kepada dirinya.

Pertama sekali saya nak ucapkan terima kasih kepada mak tanpa doa mak sesuatu kejayaan itu tidak dapat diperolehi. Dan juga untuk isteri saya yang sentiasa memberikan sokongan kepada saya, dari awal jatuh bangun saya, hanya isteri saya yang tahu.

Bersemut pula kami baca ucapan penghargaan Zaquan ini. Memang benar suami isteri harus saling memberi sokongan dan memahami antara satu sama lain. Ini salah satu rahsia untuk mengekalkan kebahagiaan rumah tangga.

Berita : Astro Awani



Tags

Travel New York London IKEA NORWAY DIY Ideas Baby Family News Clothing Shopping Sports Games

Popular Posts


Related Posts