EdisiViral.Com Search Guest Post Login

'Terima kasih hargai abang saya' - Cody Walker

0 month ago, 12-Oct-2019

PELAKON Hollywood, Cody Walker, 31, tidak menyangka negara ini memiliki ramai peminat yang meminati lakonan abangnya, mendiang Paul Walker yang terkenal menerusi siri filem Fast & Furious.

Perkara itu dapat dilihat menerusi sambutan lebih 700 pengunjung yang hadir ke program permotoran Drive For Paul Drift Show by Drift Factory Malaysia di tapak Bandar Malaysia di Sungai Besi, Kuala Lumpur, hari ini.

Program anjuran Retro Havoc Malaysia dan Reach Out World Wide (ROWW) dengan kerjasama Todak Racing itu didedikasikan untuk mendiang pelakon berkenaan.

Cody berkata, beliau tidak menyangka cuaca panas di negara ini tidak menghalang peminat abangnya untuk memeriahkan program berkenaan.

Terima kasih kerana menghargai abang saya. Walaupun cuaca panas mereka sanggup datang bagi memeriahkan lagi program ini, katanya.

Menurut Cody, beliau terharu sebaik menerima jemputan untuk program berkenaan dan ia kunjungan pertama kalinya ke Malaysia.

Di peringkat dunia, tiga program sama pernah dianjurkan dan saya memilih Malaysia kerana sebelum ini menanam impian untuk bertandang ke sini, katanya.

Program disempurnakan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Mohamaddin Ketapi.

Sementara itu Presiden Todak Racing, Mohamed Aizuddin Mohamed Khairi berkata, penganjuran program itu bertujuan memberikan sokongan terhadap industri permotoran negara.

Katanya, antara aktiviti diadakan adalah pertunjukan kereta dan basikal, jualan produk, memperkenalkan pelumba negara selain persembahan artis oleh Shiha Zikir dan Razak Aai.

Pada 30 November 2013, Paul Walker maut dalam kemalangan jalan raya di Santa Clarita, utara Los Angeles, Amerika Syarikat.


SUMBER : hmetro.com.my



Live Website Traffic


loading...