EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Terima Kasih Frontliner Semua, Video Istimewa Merdeka Ini

0 month ago, 01-Sep-2021

Semenjak pandemik meIanda negara awal tahun lepas, sememangnya ramai dikalangan kita yang terjejas baik dari segi kewangan, kesihatan, em0si dan lain-lain lagi. Sehingga hari ini, tidak put0s berita dan cerita yang kita dengari berkenaan petugas barisan hadapan atau frontliner yang bertungkus lumus memerah keringat dalam pelbagai bidang.

Baik doktor, polis, tentera dan semua yang terlibat dari permulaan pandemik sehingga hari ini sering menjadi perhatian ramai dan jasa mereka dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab amatlah dihargai.

Tanpa petugas barisan hadapan ini, sudah pasti situasinya berbeza. Tengok sahaja lambakan kes kemasukan pesak!t ke hospital, kalau bukan dengan usaha dan dedikasi mereka, keadaan akan menjadi lebih ter0k.

Selain itu, tidak juga dilupakan peranan yang dimainkan oleh pasukan keselamatan yang kekal menjaga keselamatan negara selain memastikan orang ramai mematuhi segala SOP yang ditetapkan.

Terima kasih para petugas barisan hadapan!

Namun begitu, ada juga golongan mereka yang sangat membantu ketika orang ramai terprangkap di dalam rumah ketika perintah kawalan pergerakan selain mematuhi arahan kerajaan untuk kekal berada di rumah.

Salute! abang & akak delivery

Ramai yang terlepas pandang peranan yang dimainkan oleh petugas-petugas penghantaran. Ada yang menghantar makanan, ada yang menyediakan perkhidmatan pengangkutan dan ada juga mereka yang memudahkan urusan penghantaran barangan tidak kira kecil atau besar.

Sempena sambutan kemerdekaan tahun ini, ada sebuah video penghargaan kepada frontliners oleh Lalamove yang pastinya membawa mesej yang sama dari seluruh rakyat Malaysia selain menyentuh hati ramai.

Video bertajuk Bersyukur Kerana Anda ini telah dimuat naik ke Youtube rasmi syarikat penghantaran tersebut sempena menyambut kemerdekaan negara ke-64 tahun ini.

VIDEO:

Jika anda ingin berterima kasih kepada frontliners, k0ngsikanlah video ini dan tag mereka untuk sampaikan penghargaan kepada mereka yang tidak pernah berhenti berkhidmat.

Terima kasih abang-abang dan kakak-kakak frontliners! – & video dipetik dari L.Merah, Youtube Lalamove Malaysia

Jangan lupa like, komen dan share ya. Terima Kasih!! [email protected]Mytv Viral



SUMBER : mytvviral.com



Live Website Traffic


loading...