EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Terima jemputan makan malam bersama Perdana Menteri, Veveonah sempat muat naik swafoto comel bersama Muhyiddin

0 month ago, 15-Sep-2020

Siapa tidak mengenali Veveonah Mosibin, penuntut Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang menjadi bualan hangat seluruh negara selepas videonya memanjat pokok untuk mendapatkan rangkaian internet menjadi tular di media sosial. Nama Veveonah kini semakin menjadi sebutan sehingga Perdana Menteri Malaysia sendiri iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin menjemputnya untuk menikmati makan malam bersama.

Jemputan makan malam bersama Perdana Menteri ini ternyata adalah satu pencapaian yang membanggakan dan pastinya akan menjadi kenangan manis buat Veveonah sekeluarga. Malah, gadis kelahiran Sabah ini turut menyifat Perdana Menteri sebagai seorang yang rendah diri dan mengagumkan.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Veveonah Mosibin (@vevemacho) on

"Kekal hebat. Ini merupakan satu penghargaan kepada saya dan kedua ibu bapa kerana dapat makan malam bersama-sama Tan Sri Muhyiddin Yassin. Beliau merupakan seorang yang merendah diri dan menakjubkan. Terima kasih banyak Tan Sri".

Veveonah turut memuat naik gambar swafoto bersama Muhyiddin yang menunjukkan kedua-duanya meletakkan jari di dagu masing-masing. Sebelum itu, Veveonah turut berkesempatan untuk bertemu dengan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin.

Dia juga sempat memuat naik gambarnya bersama Khairy Jamaluddin dengan kapsyen,"Terima kasih kerana telah mengunjungi kami, Tuan Khairy Jamaluddin".

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Veveonah Mosibin (@vevemacho) on

Pada masa yang sama, Khairy pada 10 September lalu turut berkongsi satu ciapan di Twitter mengenai pertemuannya bersama Veveonah di Universiti Malaysia Sabah.

"Sempat bertemu Veveonah di UMS. Saya telah memohon maaf kepada beliau dan ibu bapa beliau bagi pihak kerajaan. Saya juga telah cadangkan untuk Veve bekerjasama dengan @YayasanInovasi untuk membangunkan projek inovasi di kampung beliau dalam pemeliharaan alam sekitar".

Sempat bertemu Veveonah di UMS. Saya telah mohon maaf kepada beliau dan ibu bapa beliau bagi pihak kerajaan. Saya juga telah cadangkan untuk Veve berkerjasama dengan @YayasanInovasi untuk membangunkan projek inovasi di kampung beliau dalam pemeliharaan alam sekitar. pic.twitter.com/LnK96fTadX

Khairy Jamaluddin ???????????? (@Khairykj) September 10, 2020

Sebelum ini, Veveonah telah terpalit dengan beberapa kontroversi apabila Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia iaitu Datuk Zahidi Zainul Abidin mengeluarkan kenyataan yang menuduh gadis Sabah ini menipu demi meraih populariti. Tuduhan tersebut dibuat setelah Veveonah memuat naik video dirinya yang terpaksa memanjat pokok tinggi di kampung halaman demi menjawab soalan peperiksaan secara dalam talian.

Bagaimanapun, Zahidi telah membuat permohonan maaf secara umum selepas menerima kecaman hebat oleh warganet dan mendakwa pihaknya telah menerima laporan yang kurang tepat berkenaan isu terbabit. Kata beliau, maklumat tersebut diterima daripada Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Abd Rahim Bakri yang juga merupakan Ahli Parlimen Kudat. Abd Rahim kemudiannya menjelaskan bahawa beliau telah menerima maklumat yang tidak tepat itu daripada laporan pegawai lapangan di daerah Pitas.

Terima jemputan makan malam bersama Perdana Menteri, Veveonah sempat muat naik swafoto comel bersama Muhyiddin Era Baru Malaysia.


SUMBER : erabaru.com.my

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...