EdisiViral.Com Search Guest Post Login

Guru terima hadiah tiket konsert Shawn Mandes dari pelajar selepas berjaya membuatkan kelas yang bosan menjadi ceria

1 month ago, 13-Jun-2019

Bukan mudah untuk menggalas tugas sebagai seorang guru atau pendidik. Mereka bukan hanya perlu mengajar tetapi perlu menjadikan setiap apa yang diajar menjadi menarik supaya para pelajar lebih tertarik dan suasana kelas menjadi lebih ceria.

Kelas yang ceria dan tidak membosankan akan membuatkan pelajar lebih berminat dengan apa yang diajar oleh guru tersebut. Mereka tidak akan tidur atau hanya melihat guru mereka malah mereka akan 'menghadam' setiap yang diajar dan mengingat fakta-fakta yang penting. Sesi pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih menyeronokkan bukan hanya buat pelajar tetapi buat guru juga.

Memandangkan dia berjaya mengubah suasana kelas yang membosankan menjadi lebih menarik, guru-guru di sebuah sekolah menengah di Dublin, Ohio telah menerima hadiah dari pelajar-pelajarnya. Hadiah yang diterima oleh guru-guru itu bukan biasa-biasa sehingga membuatkan mereka sangat teruja dan gembira.


Twitter

Mahu mengucapkan terima kasih kepada guru-guru mereka kerana berkongsi pengetahuan mereka, pelajar kelas tersebut memutuskan untuk memberikan hadiah kejutan untuk guru tersebut. Salah seorang dari pelajar kelas tersebut,Kyle Ulring telah merekodkan momen-momen tersebut apabila guru-guru menerima hadiah tersebut.


Twitter

Kyle memuat naik rakaman tersebut ke Twitter, menjelaskan bagaimana guru-gurunya sering bercakap dan bergurau mengenai Shawn Mandes dan bagaimana mereka menyukai penyanyi tersebut.


Twitter

Salah seorang dari guru tersebut mengeluarkan sehelai kertas dengan kata-kata, "terima kasih kerana menjadikan buku yang membosankan menarik untuk dibaca."

Dia kemudian menarik sehelai lagi lipatan kertas di dalam kotak tersebut dan menemui kertas bercetak. Rupa-rupanya itu adalah tiket konsert Shawn Mandes!


Twitter

Guru tersebut pada awalnya seperti tidak percaya dengan apa yang dilihatnya.


Twitter

Dia memandang temannya di sebelah dan dengan senyuman yang lebar dia mengatakan bahawa itu adalah hadiah terbaik yang pernah didapati seumur hidupnya. Kata-kata guru tersebut telah membuatkan seisi kelas tertawa.


Twitter

Sebanyak mana ilmu dan tenaga yang dikorbankan buat anak didiknya, guru tidak pernah mengharapkan balasan. Apa yang mereka mahu ialah melihat pelajar-pelajar mereka berjaya di dalam hidup mereka.

Tidak kiralah bidang apa yang mereka ceburi apa yang membuatkan mereka gembira ialah apabila melihat anak-anak didik mereka menggunakan ilmu yang diajar ke jalan yang baik dan untuk membantu orang lain juga.

Our teachers joked around about liking shawn mendes... so we bought them shawn mendes tickets pic.twitter.com/Yh0gvlKecv

Kyle Ulring (@kyleulring) May 20, 2019

: INSPIRE MORE

Guru terima hadiah tiket konsert Shawn Mandes dari pelajar selepas berjaya membuatkan kelas yang ‘bosan’ menjadi ceria Era Baru Malaysia.


SUMBER : erabaru.com.my



Live Website Traffic





www.edisiviral.com