EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Umno tak terima ADUN PN dalam kerajaan Melaka, kata Rauf

0 month ago, 25-Nov-2021



PETALING JAYA: Umno tidak bersetuju cadangan pihak tertentu yang mahu menggabungkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perikatan Nasional (PN) dalam pembentukan kerajaan Melaka.

Ketua Umno Melaka, Ab Rauf Yusoh, berkata Barisan Nasional (BN) tidak akan membabitkan ADUN Bemban, Mohd Yadzil Yaakub dan ADUN Sungai Udang, Mohd Aleef Yusof dalam kerajaan baharu.

Beliau berkata, langkah itu sejajar dengan pendirian Umno tidak menjalinkan kerjasama politik dengan Bersatu yang diputuskan menerusi Perhimpunan Agung Umno tahun lalu.

Cadangan untuk menggabungkan mereka tidak akan diterima dan kita tetap dengan pendirian tidak bekerjasama dengan Bersatu, katanya menurut laporan Berita Harian.

Pada pilihan raya negeri (PRN) Melaka Sabtu lalu, BN menang 21 daripada 28 kerusi, PN dua kerusi, manakala lima lagi milik Pakatan Harapan (PH).

Sebelum ini, terdapat cadangan supaya dua ADUN PN berkenaan bersama BN untuk membentuk kerajaan negeri seperti dilakukan pada peringkat pusat.

Semalam, Timbalan Pengerusi BN, Mohamad Hasan dilaporkan berkata, tiada keperluan untuk dua ADUN baharu daripada PN itu dilantik sebagai Exco kerana BN mempunyai jumlah kerusi mencukupi, iaitu melebihi dua pertiga.



............oo000oo........... 
PENAFIAN1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.


SUMBER : 1media.my



Live Website Traffic


loading...