www.edisiviral.com

Berita dan informasi edisi viral di Malaysia.


Terima Dana Asing; DAP Ancam Keselamatan Negara

0 month ago, 14-Feb-2019


Oleh : Adli Mohamad

KUALA TERENGGANU Penerimaan dana asing oleh DAP merupakan perkara yang serius dan membimbangkan kerana mengancam keselamatan didalam negara.

Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, YB Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, perkara itu telah lama didedahkan didalam media atas talian, blog dan juga portal.

Yang mendedahkan berkait dengan dana asing yang diterima oleh pihak DAP melalui beberapa agensi ataupun badan-badan yang berkait dengannya.

Ianya adalah satu perkara yang sangat besar dan mengancam keselamatan negara, yang perlu diambil tindakan oleh pihak berkuasa, ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika sidang media di luar perkarangan Ibu Pejabat Polis Negeri Terengganu, sejurus membuat laporan berkaitan dana asing yang diterima oleh DAP, pada hari ini.

Menurutnya, tindakan membuat laporan polis tentang perkara tersebut, telah diadakan serentak di seluruh negara.

Jadi dengan report yang dibuat pada hari ini pihak berkuasa hendaklah mengambil satu tindakan yang tegas, menyiasat apa yang berlaku ini.

Bukan sahaja menyiasat daripada parti pembangkang khususnya PAS yang baru ini disoal siasat oleh SPRM, tapi ini kes yang lagi serius (kerana) mengancam keselamatan negara, jelasnya.

Menurutnya lagi, apa yang diharapkan adalah pihak berkuasa tidak teragak-agak untuk menyiasat parti DAP secara khususnya.

Yang kita dedahkan dalam report ini, (DAP) mendapat dana yang mengandungi jumlah yang tertentu.

Tidak pasti jumlah banyak mana. Tetapi sebagaimana yang didedahkan, dimana (ianya) perlu disiasat dengan segera oleh pihak berkuasa, tegasnya

Mengulas pertanyaan mengenai bentuk tindakan bagaimana yang diharapkan oleh Dewan Pemuda PAS, beliau menyatakan ianya adalah mengikut lunas undang-undang untuk diserahkan kepada pihak berkuasa

Yang penting melalui proses disiasat terlebih dahulu kemudian kita serahkan kepada pihak berkuasa.

Untuk mengambil tindakan selanjutnya,

Menurutnya perkara berkenaan sudah lama didedahkan sejak sebelum PRU 14, bahkan telah berlangsung kemungkinan setahun dan dua tahu yang lepas.

(Tujuan) kita report balik ini supaya perlu diambil serius oleh pihak berkuasa.

Bukan dari pihak kami (mendedahkan) pun yang mendedahkan (hal ini) antaranya daripada bekas mereka yang berada didalam DAP itu sendiri, ulasnya lagi.

Menjawab pertanyaan wartawan apakah perkara itu memberikab kesan kepada PAS? Menurutnya tindakan berkenaan dibuat bukan berdasarkan soal kepentingan parti.

Apa yang kita fikirkan adalah untuk keselamatan negara, (dan) rakyat secara umumnya, tegasnya.





Tags

Travel New York London IKEA NORWAY DIY Ideas Baby Family News Clothing Shopping Sports Games

Popular Posts


Related Posts