EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

PAS Terengganu teguh pertahan YAB Menteri Besar Terengganu

0 month ago, 08-Jun-2021




PAS Terengganu Teguh Pertahan YAB Menteri Besar Terengganu

Kami sedia maklum akan fitnah yang dibuat oleh pihak yang tidak bertanggungjawab untuk menjatuhkan reputasi YAB MB Terengganu dan juga PAS Terengganu.

Laporan polis juga telah dibuat, dan kami berharap semua ahli dan penyokong PAS serta rakyat Terengganu menolak budaya buruk dan tidak berakhlak ini.

Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu menyatakan teguh bersama YAB Dato Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, Menteri Besar Terengganu yang dilantik secara sah pada PRU14 yang lalu.

Ketika kita semua diuji dengan total lockdown dan PKPD, kerajaan negeri telah melancarkan BERKAT 3.0 dengan jumlah keseluruhan RM6,400,000 untuk semua DUN tanpa mengira parti politik.

Memasuki 3 tahun pemerintahan, kita telah berjaya melaksanakan 14 Manifesto dan 4 lagi bakal dilaksanakan tak lama ini.

Ini semua antara kejayaan yang telah dilakukan di bawah kepimpinan YAB Dato Seri Dr Ahmad Samsuri. Sebelum atau ketika diuji Covid-19, YAB Dato Seri MB telah meletakkan sepenuh perhatian untuk kebaikan rakyat.

Kami menolak dan akan melawan pihak yang menyebarkan fitnah jahat, kerana yang menjadi keutamaan kami sekarang ialah menjaga kebajikan rakyat Terengganu Darul Iman dalam menghadapi pandemik Covid 19 yang masih belum reda ini.

*TEGUH PERTAHAN.*

YB Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah
Ketua Penerangan BPPNT
8 Jun 2021


SUMBER : 1media.my



Live Website Traffic


loading...