www.edisiviral.com

Berita dan informasi edisi viral di Malaysia.


Terengganu Sambut Baik Penubuhan Sekolah Kepimpinan Belia

0 month ago, 07-Nov-2018


Oleh : Rohayati Ripin

KUALA NERUS Terengganu menyambut baik hasrat Kerajaan Persekutuan untuk menubuhkan sekolah kepimpinan belia memandangkan had umur pengundi akan diturunkan dari 21 tahun kepada 18 tahun.

Serentak dengan itu Penolong Setiausaha 1, Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu (BPPNT), Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah menyarankan antara lain melaksanakan modul berteraskan sejarah negara yang sebenar.

Katanya, ia merungkai kisah sebenar mengenai perjuangan kemerdekaan negara yang tidak diajar sepenuhnya di sekolah-sekolah kebangsaan pada hari ini, menyebabkan mereka tidak tahu maklumat sebenar kemerdekaan.

Contohnya peranan yang dimainkan para ulama untuk memberikan kesedaran kepada rakyat terutama di peringkat akar umbi untuk bangkit menentang penjajah tidak didedahkan, jelasnya

Jadi beritahu beliau, pendedahan sejarah ini sangat penting supaya belia-belia tahu apa yang dilakukan oleh nenek moyang mereka dahulu.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di Kompleks Tarbiyyah Darul At-Taqwa(KOMTAQ) di sini pada Sabtu, 3 November.

Di samping itu jelasnya, ia akan membangkitkan semangat dan cita-cita untuk mempertahankan negara dari sebarang ancaman yang boleh menggugat keamanan dan keharmonian negara di masa akan datang.

Juga mereka lebih pandai untuk membuat penilaian siapa yang sebenarnya yang berjuang untuk kemerdekaan negara,

Dan dengan itu, terangnya lagi, mereka akan menjadi seorang pengundi yang tahu apa keperluan masa hadapan dan siapa yang perlu mereka pilih.

Dan perjuangan bagaimana yang boleh menyelamatkan negara mereka pada masa akan datang, jelasnya.

Seterusnya Ustaz Wan Sukairi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wakaf Mempelam berkata, mereka sebenarnya telah menjadi seorang yang diberi kesedaran.

Sehingga mempunyai satu tahap pemikiran yang benar-benar matang yang menyebabkan undi yang mereka akan keluarkan adalah undi yang benar-benar berkualiti, ujar beliau lagi.



Tags

Travel New York London IKEA NORWAY DIY Ideas Baby Family News Clothing Shopping Sports Games

Popular Posts


Related Posts