EdisiViral.Com Search Guest Post Login

Terengganu FC Sambar Pemain Singapura, Faris Ramli

0 month ago, 07-Nov-2019

Enggan menunggu lama untuk melakukan persiapan bagi saingan Liga Malaysia 2020, Terengganu FC sebentar tadi mengumumkan ketibaan Faris Ramli sebagai pemain import bagi musim hadapan.

Pemain kebangsaan Singapura berusia 27 tahun yang boleh beraksi di posisi sayap atau serangan itu dilaporkan telah selesai menandatangani kontrak untuk bersama pasukan itu bagi saingan musim 2020.

Ketibaan Faris adalah bagi mengganti kekosongan kuota import ASEAN di Terengganu FC, selepas pasukan itu sah melepaskan pemain tengah Kemboja, Thierry Chanta Bin baru-baru ini.

Faris Ramli bukanlah watak yang asing di kancah saingan Liga Malaysia.

Merupakan sebahagian daripada anggota Lions XII, Faris pernah membantu skuad muda Singapura itu merangkul kejuaraan Liga Super pada 2013, dan juga Piala FA pada 2015.

Pemain ini kemudiannya tampil bersama PKNS FC pada 2018, dan merupakan antara nadi penting skuad Semut Merah di bawah kendalian Datuk K. Rajagopal sebelum kembali beraksi di Liga Singapura bersama Hougang United selepas dilepaskan oleh Perlis FA pada awal musim lalu.

Jodoh Faris bersama pasukan di Liga Malaysia nampaknya masih kuat apabila kali ini diumumkan sebagai pemain Terengganu FC untuk saingan musim 2020.


SUMBER : semuanyabola.com



Live Website Traffic


loading...