EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

BN Terengganu umum Rozi calon rampas Hulu Terengganu daripada BERSATU

0 month ago, 11-May-2022

KUALA BERANG: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telemong Datuk Rozi Mamat diumumkan sebagai calon pertama mewakili Barisan Nasional (BN) bertanding kerusi Parlimen Hulu Terengganu pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Pengumuman dibuat Pengerusi UMNO Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said pada Majlis Sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri Perdana UMNO Bahagian Hulu Terengganu di Pejabat ADUN Telemong, di sini hari ini.

Ahmad berkata, UMNO negeri yakin kerusi Parlimen berkenaan yang pernah menjadi milik parti pada PRU-14 sebelum penyandangnya keluar dan menyertai BERSATU, akan dirampas kembali.

"Beliau ketua UMNO bahagian yang mendapat undian terbesar di Terengganu ketika PRU-14 dengan majoriti lebih 4,000. Kita kalah di (DUN) Ajil cuma empat undi, Kuala Berang kita kalah dan insya-Allah, kita boleh ambil balik dengan Ajil, susah sedikit mungkin di Manir.

"Jadi dengan kombinasi ini dan muka-muka baharu dan sebagainya, mungkin kita boleh (menang). Insya-Allah, kita yakin Parlimen Hulu Terengganu jadi milik UMNO dan Rozi selepas ini," katanya.

Untuk rekod, Terengganu mempunyai lapan kerusi Parlimen dengan enam daripadanya dimenangi PAS, iaitu Marang, Kuala Terengganu, Setiu, Kuala Nerus, Dungun dan Kemaman, manakala UMNO memenangi dua kerusi, iaitu Besut dan Hulu Terengganu.

Bagaimanapun, kerusi Hulu Terengganu bertukar menjadi milik BERSATU selepas penyandangnya, Datuk Rosol Wahid keluar UMNO selepas PRU-14 dan menyertai parti diterajui Tan Sri Muhyiddin Yassin itu.


SUMBER : 1media.my



Live Website Traffic


loading...