EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

55 TERBUNUH DALAM SERANGAN BOM DI MASJID

0 month ago, 09-Oct-2021

SUMBER GAMBAR: AFP

KUNDUZ, AFGHANISTAN : Sekurang-kurangnya 55 terbunuh dalam serangan bom bunuh diri di sebuah masjid di bandar Kunduz, Afghanistan semalam.

Menurut Daesh yang mendakwa bertanggungjawab terhadap insiden itu, serangan menyasarkan jemaah fahaman Syiah yang sedang berkumpul untuk solat Jumaat. 

Ia merupakan serangan berdarah terburuk sejak Amerika Syarikat meninggalkan Afghanistan pada 31 Ogos lalu. 

Dalam satu kenyataan Daesh menerusi saluran Telegram, pengebom nekad tersebut yang dikenali sebagai Muhammad Al-Uyguri meletupkan bahan letupan yang dipasang pada vest dipakainya di dalam masjid yang dipenuhi penganut Syiah.

Ketua Keselamatan Kunduz, Mulawi Dost Muhammad mendakwa, penyerang cuba menimbulkan ketegangan di antara penganut Syiah dan Ahli Sunnah Wal Jamaah sambil menegaskan tiada konflik di antara Taliban dengan penduduk minoriti. Serangan itu dilapor turut menyebabkan ratusan individu cedera.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Afghanistan menzahirkan kebimbangan terhadap serangan yang mengorbankan banyak nyawa itu.

Ketua Pelarian PBB Filippo Grandi berkata, insiden itu berpotensi menyebabkan berlaku ketidakstabilan keselamatan di Afghanistan. — AlHijrah Online



SUMBER : alhijrahnews.com



Live Website Traffic


loading...