Terbuka Hong Kong: Pearly-Thinaah Gah Ke Final Tumbangkan Aimsaard Bersaudara
0 month ago, 16-Sep-2023
Regu wanita utama Malaysia, Pearly Tan-M. Thinaah berjaya mara ke final Terbuka Hong Kong selepas mengatasi cabaran Nuntakarn dan Benyapa Aimsaard di pentas separuh akhir.
Dari segi rekod pertemuan, kelebihan memihak kepada Pearly-Thinaah dengan satu kemenangan. Justeru, tidak hairanlah regu wanita negara kelihatan yakin sebaik turun ke gelanggang.
Set pertama menyaksikan Nuntakarn-Benyapa berusaha memberi saingan sengit kepada Pearly-Thinaah. Bagaimanapun, beberapa kesilapan yang dilakukan regu Thailand itu membolehkan regu ke-15 dunia itu meraih kemenangan 21-13.
Set kedua terus memperlihatkan dominasi Pearly-Thinaah di atas gelanggang. Biarpun Nuntakarn-Benyapa cuba merapatkan kedudukan pada kedudukan 18-17, regu negara memastikan kemenangan straight set dengan keputusan 21-18.
RESULTS: #HongKongOpen2023
— BAM (@BA_Malaysia) September 16, 2023
SF#MASPearly Tan-M Thinaah(6) def. #THA
Benyapa Aimsaard-Nuntakarn Aimsaard(5) 21-13 21-18
@badmintonphoto#GemilangkanLagi #DemiMalaysia #BadmintonMalaysia pic.twitter.com/o7IvC7Z1af
Mereka akan menunggu pemenang antara regu Denmark, Maiken Fruergaard-Sara Thygesen dan regu Indonesia, Apriyani Rahayu-Siti Fadia Silva Ramadhanti dalam satu lagi aksi separuh akhir.
Tidak kira siapa lawan mereka esok, Pearly-Thinaah berharap dapat menggondol gelaran juara sekaligus kejayaan pertama mereka untuk tahun 2023.