EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Ajal terbiar 12 jam

0 month ago, 27-Jul-2020

New Delhi: Seorang lelaki menghembuskan nafas terakhir dalam keadaan memilukan selepas terbaring lebih 12 jam di bawah pokok selepas tidak dibenarkan menerima rawatan di hospital kerana tidak mampu membayar yuran pendaftaran.

Lelaki bernama Sunil Rajak itu dibawa isterinya Aarti ke sebuah hospital kerajaan di Guna, Madhya Pradesh selepas dia dikatakan sakit sejak Rabu lalu.

Namun, sebaik tiba di kaunter pendaftaran hospital, kakitangan bertugas meminta Aarti membuat pembayaran sebanyak 5 Rupee (39 sen) bagi membolehkan suaminya diterima untuk rawatan.

"Saya pergi ke hospital itu dan seseorang kemudian memaklumkan saya perlu bayar bagi mendapatkan slip. Saya berterusan meminta suami diselamatkan kerana masih bernafas namun tiada yang datang membantu," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 27 Julai 2020 @ 9:05 AM


SUMBER : hmetro.com.my

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...