EdisiViral.Com Search Guest Post Login

Cara Terbaru Cantum Durian Melalui Teknik Cantuman Mata Tunas Berkayu

0 month ago, 15-Aug-2019


Ramai yang masih tertanya-tanya, apa itu cantuman durian. Bagi yang belum tahu, cantuman durian merupakan satu kaedah untuk percepatkan pokok durian berbuah.

Selalunya orang dulu-dulu menanam durian melalui biji dan mengambil masa yang agak lama untuk berbuah iaitu sekitar 7-10 tahun.

Manakala pokok durian yang dicantum berbuah seawal 4-5 tahun dengan penjagaan yang baik dan baja yang teratur.

Teknik cantuman boleh dilakukan melalui beberapa kaedah iaitu teknik cantuman baji, cantuman mata tunas, cantuman sisip tepi, cantuman sanding dan yang terbaru ini adalah cantuman mata tunas berkayu yang dikongsikan oleh tuan Othman abd Ghani melalui group PACM.

Teknik cantuman mata tunas berkayu ini menggunakan hanya 1 mata tunas tanpa memotong kulit pada bahagian mata tunas tersebut. Lihat gambar dibawah.


Hanya satu sahaja mata tunas ditinggalkan dan memotong sedikit kulit pada batang supaya ia akan bercantum pada pokok penanti.


Kulit pada pokok penanti dibuka mengikut sukatan pada batang mata tunas. Dalam gambar diatas, anda boleh menggunakan pokok penanti yang masih mudah, iaitu belum keluar daun. Namun penanti yang berusia setahun juga boleh digunakan.

Kulit pada pokok penanti perlu dipotong dan dibuang kemudian ikat mata tunas menggunakan pita cantuman. Pastikan tidak menutup mata tunas agar boleh membesar. 


Cantuman mata tunas berkayu yang menggunakan pokok penanti yang lebih tua, sebesar jari kelingking juga boleh digunakan.


Pastikan cantuman dibalut dengan teliti supaya air tidak boleh masuk kedalam bahagian cantuman. Tunggu 21 hari barulah buka pita cantuman tersebut. Tidak perlu sungkup dengan plastik ice cream.

Selamat mencuba!

Semoga bermanfaat buat semua pembaca blog PSP, jangan lupa follow fb saya Donny ien untuk dapatkan banyak lagi info pertanian.

Kredit: Myinfoberita.blogspot.com


Live Website Traffic





www.edisiviral.com