www.edisiviral.com

Berita dan informasi edisi viral di Malaysia.


Cara terbaik jual kereta persendirian terpakai di Malaysia

0 month ago, 13-Jan-2019


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kereta ialah keperluan pada masa ini. Namun, kereta dan kenderaan lain yang harganya melambung tinggi di Malaysia menyebabkan kebanyakan orang dalam kalangan kita tidak berkemampuan untuk memiliki lebih daripada satu kereta.

Kami baru kehilangan FB page yg mempunyai lebih 2 juta follower. Mohon seminit LIKE page baru kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia!Klik Sini

Selain itu, majoriti rakyat Malaysia memerlukan masa 5 ke 9 tahun bagi membayar balik pinjaman pembelian kenderaan mereka. Pada masa yang sama, terdapat juga orang yang perlu menukar kereta baharu disebabkan oleh penambahan anggota keluarga.

Walau apa-apa sebab pun, menjual kereta di Malaysia tidaklah susah, jika kita mengetahui prosesnya. Berikutnya adalah langkah-langkah untuk menjual kereta terpakai.

Melalui ejen dan pengedar kereta

Salah satu cara termudah bagi menjual semua kereta terpakai adalah melalui ejen dan pengedar kereta. Majoriti ejen dan pengedar kereta di Malaysia menawarkan perkhidmatan membeli semula kereta terpakai. Cara ini juga paling mudah bagi kereta yang masih mempunyai baki pinjaman di bank.

Ejen, atau dealer,akan menilai kereta dan menawarkan harga di bawah kadar pasaran bagi kereta tersebut. Kemudian, ejen tersebut akan membaik pulihkan kereta tersebut dan menjualnya di kadar pasaran.

Sekiranya kita bersetuju dengan harga yang ditawarkan, kita boleh menjual semula kereta anda kepada ejen tersebut. Boleh juga jual kereta secara trade-in, iaitu dengan menggunakan nilai jualan kereta untuk pembelian kereta yang baru.

Apa yang kita patut tahu?

Nilai penjualan semula kereta yang ditawarkan menerusi ejen jualan selalunya lebih rendah daripada nilai jualan semasa. Hal ini kerana penilai kereta akan membuat penilaian berdasarkan keadaan semasa kereta, baki pinjaman di bank (jika ada), dan nilai insurans kereta.

Selain daripada itu, ejen dan pengedar kereta juga akan membuat baik pulih yang minimum sebelum menjual balik kereta tersebut. Perbezaan harga tersebut akan meliputi kos baik pulih, servis dan juga keuntungan atau komisen mereka.

Penjualan secara persendirian

Sekiranya berasa bahawa harga yang ditawarkan oleh ejen pengedar terlalu rendah, boleh juga menguruskan penjualan kereta secara persendirian. Dengan cara ini, kita dapat menjual kereta dengan harga tertinggi. Cara ini juga sesuai bagi penjual kereta yang memerlukan tunai, dengan syarat pinjaman kereta yang ingin dijual itu telah selesai dibayar.

Seperti penjualan kereta melalui ejen, langkah pertama yang perlu diambil ialah membuat penilaian nilai semasa kereta. Untuk langkah ini, kita boleh dapatkan khidmat daripada bank dan ejen insurans. Boleh juga membuat kajian sendiri dengan memantau harga jualan kereta dengan model dan tahun yang sama melalui ejen jualan ataupun di Internet.

Proses penjualan kereta terpakai secara individu mungkin mengambil masa yang lama, dan kita sendiri perlu berurusan dengan pelbagai pihak.

Kita juga mungkin melapangkan masa untuk bertemu dengan beberapa pembeli berpotensi sebelum anda boleh membuat jualan yang berjaya. Malangnya, cara ini datang dengan risiko penipuan yang lebih tinggi kerana kita dikehendaki bertemu dengan orang yang tidak dikenali.

Kedua-dua cara tersebut mempunyai kebaikan dan keburukan tersendiri. Penjualan melalui ejen ialah cara mudah bagi orang yang perlu menjual kereta mereka pada masa yang singkat, manakala penjualan secara persendirian ialah cara bagi orang yang ingin mendapatkan harga tertinggi bagi penjualan semula kereta mereka.

Walau bagaimanapun, sebagai pengguna, kita haruslah sentiasa berwaspada dalam berurusan dalam apa-apa cara sekalipun kerana anda mungkin terdedah kepada penipuan.




SUMBER : denaihati.com


Tags

Travel New York London IKEA NORWAY DIY Ideas Baby Family News Clothing Shopping Sports Games

Popular Posts


Related Posts