EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Bila Diri Terasa Seperti Tuhan, Individu Dakwa Selebriti Mati Katak

0 month ago, 13-Sep-2020

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan berita sedih pemergian penyanyi Sandra Dianne. Sandra yang terlibat di dalam kemalangan jalan raya menghembuskan nafas terakhir pada 11 September lalu. Kehilangan insan tersayang pastinya membuatkan hati keluarga sayu dan sedih.

BACA: 11 Tahun Jadi Juruterbang Keliling Dunia, Kini Jadi Pemandu Van Jenazah

Bagaimanapun mungkin perkara tersebut tidak difikirkan oleh seorang individu yang cukup hebat menilai dosa dan pahala di laman sosial media. Lebih menyayat hati, perkara dan ungkapan individu tersebut turut membuatkan ibu Sandra sedih.

Melalui beberapa screenshot yang tersebar di laman sosial, individu tersebut tanpa mengira perasaan keluarga yang telah meninggal dunia tersebut telah menghamburkan kata-kata yang cukup biadap.

Menyifatkan pemergian selebriti tersebut sebagai mati katak, kita dapat melihat sindrom atau gejala terasa diri terlalu bagus dalam menilai dosa pahala seseorang ini sangat berleluasa di sosial media.

Bukankah lebih baik jika simpan saja perkara tersebut sendirian demi menghormati perasaan keluarga yang kehilangan insan tersayang.

Tetapi sebelum anda terus hanyut menyalahkan individu bernama Fatin Syahirah tersebut, kami tidak menolak kemungkinan akaun tersebut adalah akaun fake semata-mata malah gambar yang digunakan juga adalah gambar individu lain (rujuk gambar di bawah).

Tidak pelik dan mustahil, dengan menggunakan nama dan juga gambar orang lain, fake account sebegini bebas meninggalkan komen yang cukup kejam dan biadap di laman-laman sosial media. Sekadar berani berselindung di sebalik identiti orang lain.

Semoga ada hari untuk si pelaku untuk berubah dan buat keluarga Sandra semoga bertabah dalam menghadapi situasi sebegini.


SUMBER : gulapop.com

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...