EdisiViral.Com Search Guest Post Login

Jika Ini Hari Terakhir, Apa Nak Cakap Pada Yang Disayangi- Aliff Aziz Titis Air Mata Dihadapan Ustaz Ebit Lew

0 month ago, 12-Jul-2019

Penyanyi kelahiran Singapura Aliff Aziz manjadi sering menjadi topik perbualan dalam media hiburan kebelakangan ini. Terbaru dia dikunjungi oleh penceramah dan pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew di kediamannya di Singapura untuk program Door to Door Ebit Lew.

Pengalaman bertemu dengan Aliff itu dikongsikan Ustaz Ebit di laman Instagramnya. Jelasnya dia mendapat permintaan untuk lawat ziarah penyanyi penuh kontroversi itu dalam perjalanannya untuk memberi ceramah di Masjid Politeknik Pasir Gudang.

Dalam pertemuan itu, Aliff menceritakan bagaimana hidupnya menjadi tidak terurus dan kucar kacir selepas berpisah dengan keluarga gara-gara ingin mencari safe spot. Dia juga meluahkan rasa bersalah kerana banyak melakukan kesilapan dan tidak dapat melakukan banyak perkara yang patut dilaksanakan sebagai suami dan ayah.

Perbualan mereka itu berakhir dengan perasaan sebak bagi kedua-dua pihak. Saya tanya jika hari ini hari terakhir. Tiada esok. Tiada lusa. Apa nak cakap pada yang disayangi dan anak yang sangat cute. Beliau terus menangis teresak-esak. Menahan sebak. Saya jadi sebak. kata ustaz Ebit.

Aliff memohon maaf kepada anaknya Ayden dan berpesan supaya sentiasa menyayangi dan menjaga ibunya Bella, dan meminta agar Bella juga memaafkan dia. Sementara itu Ustaz Ebit juga meluahkan rasa syukur kerana Aliff mula mendekatkan diri kepada Allah dengan menjaga solat dan menghafal al-Quran.

Tonton Video:

:Instagram,Metro via HCL




Live Website Traffic





www.edisiviral.com