EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

'Cuba tepek gambar lelaki tu, hensem sangat ke?' - 4 remaja bergaduh sebab berebut teman lelaki

0 month ago, 04-Apr-2021


Seramai 10 remaja yang memukul seorang remaja perempuan dalam video viral di Tanah Merah baru-baru ini telah ditahan selepas mereka tampil di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tanah Merah, semalam. 


Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Deputi Superintendan Zainuddin Md Yusuf berkata, seramai enam remaja perempuan dan empat lelaki yang berusia antara 14 hingga 17 tahun ditahan.


Sembilan daripada remaja yang ditahan masih bergelar pelajar dan dua telah berhenti sekolah. Kesemua mereka dibebaskan dengan jaminan polis setelah diambil keterangan. 


Salah seorang remaja terbabit disahkan positif dadah jenis methamphetamin. Punca pergaduhan juga dipercayai disebabkan berebut teman lelaki.


Polis kini sedang melengkapkan kertas siasatan untuk dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya (DPP) untuk tindakan lanjut.


Kes itu disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana melakukan kesalahan merusuh. 


: Harian Metro

 

LAPORAN BERKAITAN



SUMBER : viralpurba.com



Live Website Traffic


loading...