EdisiViral.Com Search Guest Post Login

'Tentera tak buat apa-apa kecuali makan dan tidur, boleh gantikan pekerja asing di Felda' - Cadangan ahli perniagaan ini diselar netizen

0 month ago, 14-Aug-2019


12 Ogos lalu, seorang ahli perniagaan menggesa kerajaan pusat mengurangkan perbelanjaan perkhidmatan awam yang disifatkan terlalu besar dengan menghentikan pengambilan penjawat awam baru.

Menurut Koon Yew Yin, lambakan penjawat awam menyebabkan kos perbelanjaan kerajaan meningkat setiap tahun dan 80 peratus belanjawan tahunan kerajaan persekutuan telah digunakan untuk perbelanjaan operasi dan sebahagian besarnya adalah untuk membayar gaji dan pencen. 

"Sebagai pembayar cukai, saya merasa ditipu apabila saya melihat banyak wang cukai kita pergi ke arah gaji untuk perkhidmatan awam yang rendah produktivitinya. 

"Jika kerajaan tidak bertindak segera, angka-angka itu akan terus meningkat dan pendapatan kerajaan akan terus susut," katanya. 

Koon turut mencadangkan beberapa langkah yang perlu dilaksanakan oleh kerajaan bagi menangani masalah itu antaranya:
  1. Hentikan pengambilan kakitangan awam baru.
  2. Semak semula senarai pekerja di setiap jabatan dan beri notis untuk bersara kepada pekerja yang berlebihan.
  3. Angkatan Tentera tidak melakukan apa-apa kecuali makan dan tidur. Hampir kesemua mereka tidak pernah melepaskan tembakan kecuali menembak pada papan sasaran. Ada sesetengah dari mereka boleh digunakan untuk menggantikan pekerja asing yang diupah di ladang FELDA. 
  4. Dasar Ekonomi Baru (DEB) turut diperluaskan kepada masyarakat bukan bumiputera. Beri ruang kepada masyarakat bukan bumiputera untuk terlibat dalam sektor awam bagi meningkatkan mutu perkhidmatan.
  5. Kerajaan perlu mengamalkan dasar meritokrasi untuk naikkan pangkat dan perlu mengupah guru dari pelbagai bangsa. 

"Saya berharap pemimpin PH baca artikel saya supaya mereka dapat melaksanakan cadangan saya untuk mengurangkan dan meningkatkan perkhidmatan awam kita. 

Foto - Google Images

"Saya juga berharap pembaca akan menyampaikan artikel saya kepada semua kenalan mereka dan akhirnya sampai kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang mempunyai kuasa untuk mengubah sistem semasa," katanya. 

Namun, kenyataan dan cadangan Koon itu diselar oleh netizen. Malah Timbalan Menteri Pertahanan, Senator Liew Chin Tong turut kesal dengan penulisan ahli perniagaan itu. 

"Pada masa aman, ATM mempunyai peranan membantu pelbagai agensi tempatan dan misi antarabangsa. Tentera adalah langkah dan pilihan terakhir bagi negara. 

"Semua pihak harus faham konsep kesiapsiagaan ATM sebagai pilihan terakhir. Saya minta seluruh rakyat Malaysia untuk berusaha memahami peranan dan pengorbanan ATM dan berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan. 

: Koon Yew Yin, Harian Metro

SUMBER : viralpurba.com



Live Website Traffic





www.edisiviral.com