EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Tentera bantu polis Ahad ini [METROTV]

0 month ago, 20-Mar-2020

KERAJAAN memutuskan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan membantu polis bermula Ahad ini susulan penularan wabak covid-19 terutama dari segi aspek pematuhan supaya rakyat berada di rumah masing-masing dalam tempoh Perintah Kawalan Terhad.

Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata setakat ini terdapat peningkatan dari segi pematuhan rakyat untuk terus berada di rumah, namun masih ada yang tidak mempedulikan arahan daripada kerajaan khususnya polis.

ISMAIL Sabri Yaakob. FOTO BERNAMA
ISMAIL Sabri Yaakob. FOTO BERNAMA

Katanya, walaupun mempunyai kuasa dan akta sendiri, polis masih lagi melakukan tindakan awal dengan memberikan nasihat supaya penduduk tidak berada di kawasan terbuka seperti padang permainan dan restoran serta tempat lain.

Kerajaan ucap setinggi -tinggi terima kasih kerana rakyat sedar dan patuh untuk berada di rumah. Bagaimanapun, masih terdapat insiden di mana ada yang tidak mempedulikan arahan daripada kerajaan malah ada yang tidak mempedulikan arahan daripada pihak polis, katanya pada sidang media hari ini.

Ismail Sabri juga menafikan penyebaran berita kononnya beliau akan memohon perkenan Yang di-Pertuan Agong supaya perintah darurat dilaksanakan.

Semalam pelbagai berita palsu diedarkan. Ini lebih menambah banyak panik dalam kalangan rakyat. Ada sampai audio, posting dalam Facebook yang mengatakan Menteri Pertahanan akan umumkan perintah darurat selepas dapat perkenan Agong.

Saya tidak tahu Menteri Pertahanan mana. Tiada dalam perancangan untuk perintah darurat. Malah kononnya aset tentera sudah digerakkan untuk perintah darurat pun tidak betul. Jadi, saya nasihatkan rakyat jangan mudah percaya.

Begitu juga kononnya pihak tentera akan menyemburkan racun serangga untuk membasmi wabak Covid-19 ini menggunakan helikopter. Jadi saya harap rakyat tidak percaya dan boleh semak menerusi hotline dengan kementerian masing-masing, katanya.


SUMBER : hmetro.com.my

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...