EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Biar Dr. Kay Je Yang Tengok.. Nad Zainal Mahu Doktor Wanita Dan Hospital Sama Untuk Bersalin Anak Kedua

0 month ago, 13-Jan-2021
save 2.0

Pelakon Nad Zainal yang bakal menimang cahaya mata kedua tidak lama sahaja lagi memberitahu media bahawa dia memilih untuk melahirkan anaknya itu nanti di pusat perubatan yang sama ketika melahirkan anak sulungnya, Fahad Ibrahim.

Nad Zainal : Instagram Nad Zainal 

Tambah pelakon drama Hati Yang Tersakiti ini lagi, dia telah mengambil kira beberapa faktor apabila membuat keputusan berkenaan. Menurutnya, lokasi yang lebih dekat serta situasi semasa negara yang kini sedang menjalani Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) merupakan sebab utama dia memilih pusat perubatan itu.

Nad Zainal dilihat telah berkongsikan mengenai perkara itu menerusi laman Instagramnnya dan turut memaparkan perkembangan kandungannya untuk tatapan peminat, baru-baru ini.

Advertisement
View this post on Instagram

A post shared by ??? ????? (@nad.zainal)

“Nad pilih doktor yang sama sambut Yem (Fahad) untuk baby kedua..faktor lokasi juga main peranan, tak nak jauh-jauh! PKP pula tu payah kalau nak bergerak jauh-jauh nanti. Apa yang mummy cari pada hospital? Kos, jarak dari rumah atau doktor? Nad malas nak tukar-tukar doktor..salah satu sebab sekarang memang doktor perempuan iaitu Dr Kay, keduanya biarlah Dr Kay je yang tengok, tak payah tambah doktor lain. Bagi saya semua itu faktor.”

Sarat hamil tujuh bulan kini, pelakon wanita ini turut berkongsi keterujaan anak sulungnya yang tidak sabar menantikan kelahiran adiknya itu kelak,

View this post on Instagram

A post shared by ??? ????? (@nad.zainal)

Sekadar info, Nad Zainal telah mendirikan rumah tangga dengan Muhammad Faliq Amirudin pada tahun 2015 yang lalu dan telah dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Fahad Ibrahim Muhammad Faliq yang kini berusia lima tahun.

Biar Dr. Kay Je Yang Tengok.. Nad Zainal Mahu Doktor Wanita Dan Hospital Sama Untuk Bersalin Anak Kedua first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.





Live Website Traffic


loading...