EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Cuba Tengok Makanan Pedas Setiap Negara Ini, Tahap Pedasnya Boleh Meninggal

0 month ago, 12-Jan-2021
save 2.0

Makin makan pedas makin nikmat dan puas rasanya!

Jika diberikan pilihan antara memilih makanan pedas dan tidak pedas, bagi peminat makanan pedas, mereka akan memilih untuk mengambil makanan pedas kerana rasa kepuasan dan aromanya.

Untuk pengetahuan kamu, makanan pedas ini sering dipilih oleh orang ramai kerana bahan-bahan seperti rempah ratus membuatkan makanan tersebut menjadi lebih menyelerakan dan sedap!

IKLAN

Jika kamu seorang peminat tegar makanan pedas, apa kata kamu cuba beberapa makanan pedas di seluruh dunia ini?

Otak-Otak (Malaysia)

Terkenal di Malaysia, otak-otak adalah kek ikan yang menjadi masakan utama orang Cina Peranakan pada zaman dahulu.

Foto Nyonya Grill

Otak-otak ini dihasilkan melalui gabungan rempah, cili merah, bawang putih, bawang merah, halia, serai dan kunyit. Gabungan ini kemudiannya diadun dengan isi ikan sehingga menjadi pes halus atau boleh dibayangkan sebagai tekstur custard.

Kemudian, otak-otak ini akan dihidangkan dalam bentuk segi empat yang dibalut dengan daun pisang selepas dipanggang untuk memberikan rasa smokey.

Sichuan Hot Pot (China)

Mesti kamu pernah dengar tentang Sichuan Hot Pot, hidangan yang sangat popular di kalangan masyarakat China.

Foto Culture Trip

Hidangan ini menggunakan broth yang mengandungi bawang merah, bawang putih, halia, lada Sichuan, daging, cendawan, sayur-sayuran, kicap dan sos.

Hidangan ini menjadi sangat pedas kerana mereka akan menggunakan lada Sichuan seperti cili kering dan biji cili dalam kuantiti yang sangat banyak sehingga membuatkan kamu rasa seperti dibakar secara keseluruhan.

Gaeng Tai Pla (Thailand)

Gabungan di antara kari dan sup yang pekat telah menghasilkan Gaeng Tai Pla yang sangat pedas! Popular dalam kalangan nelayan di selatan Thailand, tai pla ini adalah sos masin yang diperbuat daripada jeruk usus ikan dan beberapa usus yang lain.

IKLAN

Foto Taste Atlas

Hidangan ini kemudiannya dimasak dengan cili kering, bawang putih, lengkuas, paste udang dan kunyit untuk memberikan rasa yang kick dan pedas pada masakan.Dimakan ketika panas bersama nasi, pasti kamu akan menambah hidangan tersebut.

Jjamppong (Korea Selatan)

Kalau kamu berani, hidangan yang pedas ini pasti meninggalkan rasa panas dan pedas yang melampau kepada sesiapa yang memakannya.

Foto Korean Bapsang

Kepedasannya itu terletak pada broth yang dihidangkan dalam sup mi Korea ini dimasak dengan kelp, gochugaru, serbuk cili Korea (dijemur untuk berikan rasa pedas dan manis pada masakan).

Untuk menikmati hidangan lengkap, sup mi Korea ini akan dihidangkan dengan mi dan broth serta beberapa makanan tambahan lain seperti sotong, kerang, daging, lobak merah, zucchini dan juga kobis.

Papa A La Huancaina (Peru)

Nampak tidak pedas, tetapi selepas satu suapan kamu boleh merasai kepedasannya yang boleh buatkan kamu minum air tanpa henti.

Foto Panka Bistro

Dihidangkan dengan sos berwarna kuning, makanan ini berasal daripada wilayah Huancayo yang menghasilkan sos keju. Sos keju di wilayah ini dihasilkan menggunakan dua bahan utama seperti lada aji amarillo dan fresco queso.

Sos keju yang pedas ini sangat popular dalam kalangan masyarakat Peru sehingga digunakan sebagai pencicah makanan ringan.

Camarones A La Diabla (Mexico)

Mexico dengan makanan yang pedas tidak boleh dipisahkan. Di negara ini pelbagai jenis makanan pedas boleh didapati mengikut tahap kepedasan masing-masing.

Foto Superama

Salah satunya adalah Camarones A La Diabla iaitu udang yang dimasak dengan sos guajillo dan cili arbol. Rasa pedasnya yang menyengat boleh membuatkan kamu rasa seperti dibakar. Hidangan ini juga boleh dimakan dengan siraman sos barbeku, lada chipotle atau habanero salsa.

Suicide Chicken Wings (Amerika Syarikat)

Tiada siapa yang tidak sukakan sayap ayam! Di Amerika Syarikat sayap ayam dihidangkan sebagai Suicide Chicken Wings yang memberikan rasa pedas yang melampau kepada peminat makanan pedas.

Foto SETHLUI.com

Diperap dengan cili cincang, sos cili merah, lada dan chili flakes dalam kuantiti yang banyak, pasti membuatkan kamu mati dalam kepedasan. Hidangan ini menjadi pedas kerana ia menggunakan gabungan cili Korea, Mexico dan juga China.

Bagi peminat makanan pedas, mesti kamu sedang kecur air liur melihat beberapa makanan pedas ini! Kalau kamu boleh tahan tahap kepedasannya, jangan lepaskan peluang untuk mencuba.

RUJUKAN: 1, 2, 3



SUMBER : wanista.com



Live Website Traffic


loading...