EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Tak puas tengok.. Dah berhijab? Peminat doakan Fazura istiqamah

0 month ago, 08-Jun-2021

Kerap tampil mengenakan hijab sejak kebelakangan ini, pelakon jelita Nur Fazura terus mengundang persoalan dalam kalangan peminat sekiranya dia dalam proses untuk berhijrah.

Meninjau ke beberapa posting di laman Instagram, ramai menyambut baik penampilan Fazura dan mendoakan pelakon berusia 38 tahun itu agar berhijab sepenuhnya.

Untuk makluman, sebelum ini pelakon drama Hero Seorang Cinderella itu hanya memakai hijab sepanjang bulan Ramadan pada setiap tahun. Jadi agak berbeza kali ini apabila dilihat terus berpenampilan begitu.

Bagaimanapun, tiada sebarang pengesahan atau pengumuman daripada Fazura mengenai perkara tersebut sebaliknya warganet terus teruja dan memuji kecantikan pelakon tersebut.

Fazura berkahwin dengan aktor pada 27 November 2017 dan dikurniakan seorang anak perempuan, Nur Fatima Aisya yang kini berusia lapan bulan.

: Instagram Fazura



SUMBER : ohmymedia.cc



Live Website Traffic


loading...