EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Tengku Razaleigh Hamzah Positif Covid-19

0 month ago, 14-Jan-2021
save 2.0
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah disahkan positif COVID-19 dan kini menerima rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Menurut sumber, Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO itu berada dalam keadaan sihat dan stabil serta tidak mengalami sebarang komplikasi.

Difahamkan, Tengku Razaleigh merupakan kontak rapat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nenggiri, Ab. Aziz Yusoff yang disahkan positif COVID-19 baru-baru ini.

"Tengku Razaleigh menjalani ujian saringan baru-baru ini dan keputusannya disahkan positif. Beliau kini di PPUM dan berada dalam keadaan stabil.

"Beliau kontak rapat ADUN Nenggiri, Ab Aziz Yussof yang disahkan positif baru-baru ini," kata sumber tersebut kepada Astro AWANI.

Pada 9 Januari lalu, Adun Nenggiri dan Ketua Pemuda UMNO Gua Musang Mohd. Azmawi Fikri Abdul Ghani disahkan positif COVID-19.

Sebelum ini, pegawai Tengku Razaleigh, Lokman Abdul Ghani juga disahkan positif COVID-19 dan menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

- Awani


SUMBER : 1media.my



Live Website Traffic


loading...