www.edisiviral.com

Berita dan informasi edisi viral di Malaysia.


Tengku Amir Shah enggan iktiraf

0 month ago, 10-Nov-2018


Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), Tengku Amir Sultan Sharafuddin Idris Shah tidak mengiktiraf sebarang keputusan dan pemilihan jawatankuasa baharu pada Kongres Luar Biasa (EGM) yang diadakan Khamis lalu.
Jelasnya, perjumpaan pada EGM di sebuah hotel di Seri Kembangan, adalah tidak sah dan terbatal kerana tidak mengikut prosedur serta gagal memenuhi Artikel 30 Statut FAS.
"Bila beta terima pencalonan sebagai Presiden FAS, Jun lalu, kini genap empat bulan satu minggu menjadi Presiden FAS, banyak langkah kami telah lakukan, hutang-hutang dikurangkan, proses diperbetulkan dan kini sibuk dengan musim 2019.
"Dalam masa yang sama ada pulak orang yang buat kacau, main politik, kita takde masa untuk benda ini. 8 November lalu kononnya ada EGM FAS diadakan tapi ingin beta jelaskan EGM yang diadakan itu tidak sah, tidak mengikuti prosedur yang betul dan juga tidak diiktiraf oleh beta dan juga persatuan.
"Sejak mula isu ini, semua bukti telah diserahkan kepada Pesuruhjaya Sukan dan juga Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan sebab itu beta yakin EGM itu haram dan mereka rampas kuasa dengan cara langgar peraturan," jelasnya pada sidang media di Istana Mestika, Shah Alam, petang tadi.
Sementara itu, Setiausaha Agung FAS, Dr Johan Kamal Hamidon menjelaskan jumlah 52 ahli gabungan yang mengadakan EGM Khamis lalu tidak mencukupi separuh dari bilangan ahli gabungan FAS yang kini berjumlah 121.
"Mereka hanya memperolehi 52 ini ternyata tidak mencukupi separuh dari jumlah 121 sebagaimana yang diperuntukan dibawah Status FAS," ujarnya.
Pada "kongres" yang diadakan Khamis lalu menyaksikan semua jawatan termasuk Presiden, Timbalan Presiden, Naib Presiden dan 13 anggota exco FAS menang tanpa bertanding bagi penggal 2018-2022.

Tengku Amir Shah enggan iktiraf Sukan Sinar.


SUMBER : sukansinar.com


Tags

Travel New York London IKEA NORWAY DIY Ideas Baby Family News Clothing Shopping Sports Games

Popular Posts


Related Posts