www.edisiviral.com

Berita dan informasi edisi viral di Malaysia.


Tengku Abdullah: Doakan yang terbaik, ya

0 month ago, 11-Jan-2019


   
Jumaah Pangkuan Diraja Negeri Pahang bersidang hari ini dengan Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah menjadi pengerusinya.

Pertemuan berlangsung di Hotel Pullman Kuala Lumpur di Jalan Conlay itu menarik perhatian selepas Sultan Muhammad V meletak jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong.
Untuk rekod Tengku Abdullah ketika ini ialah pemangku Sultan Pahang ekoran keadaan kesihatan Sultan Ahmad Shah yang tidak mengizinkan.

Tinjauan Malaysiakini mendapati antara tokoh yang menyertai pertemuan hari ini ialah bekas perdana menteri yang juga anggota parlimen Pekan Najib Razak dan Menteri Besar Wan Rosdy Wan Ismail.
Bagaimanapun Tengku Abdullah cuma memberi kenyataan ringkas ketika ditanya wartawan sejurus sebelum memasuki bilik mesyuarat.
"Assalaimualaikum... doakan yang terbaik ya," titah Tengku Abdullah yang diiringi adiknya Tengku Muda Tengku Abdul Rahman Al-Haj.

Tidak dapat dipastikan apakah agenda mesyuarat tersebut.
Terdahulu media melaporkan ada kemungkinan Tengku Abdullah akan ditabalkan sebagai sultan yang baru untuk Pahang bagi menggantikan Sultan Ahmad Shah.

Langkah itu juga membuka kemungkinan Tengku Abdullah dilantik mengisi kekosongan jawatan Agong selepas pengunduran Sultan Muhammad V.
Mengikut sistem penggiliran Agong, selepas Kelantan jawatan Agong akan disandang oleh Sultan Pahang.

Majlis Raja-raja akan bersidang pada 24 Jan ini bagi melantik Agong ke-16 dan majlis mengangkat sumpah dijangka diadakan pada seminggu kemudian.
Sehingga Agong yang baru dilantik Sultan Perak Sultan Nazrin Shah yang juga timbalan Yang di-Pertuan Agong kini menjadi pemangku Agong





Tags

Travel New York London IKEA NORWAY DIY Ideas Baby Family News Clothing Shopping Sports Games

Popular Posts


Related Posts