EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Eira Tengah Buat Live Sambil Mekap, Tiba Tiba Masuk Satu Komen Minta Ubah Sikap. Ini Respon Beliau

0 month ago, 15-Sep-2020

Menerusi facebook eira, beliau ada membuat permohonan maaf pagi tadi kepada pihak yang berkenaan dan berharap agar dimaafkan.

Menerusi video terkini yang dimuatnaik di ruangan facebook beliau, ketika beliau sedang live sambil mekap, kebetulan satu komen masuk meminta eira untuk mengubah sikap.

Respon Eira (Boleh Rujuk Video Di FB Eira Pada Minit 30)

Ye kak, saya akan ubah sikap saya. Saya akan pastikan mulai hari ini, esok lusa sampai selamanya. Saya ada ka, saya takdak ka saya tetap akan buat yang terbaik untuk hampa.

Terima kasih sebab yang sudi menasihatkan eira, terima kasih pada semua yang menyedarkan eira supaya takut eira hanyut lebih jauh lagi

Nak kata apa, terpulang. Nak percaya atau tak tapi pegang, start hari ini eira akan buat yang terbaik dan menjadi yang terbaik. Pegang kata-kata eira, orait. Jangan hukum eira lagi, pegang dulu dan eira tak salahkan ampa, kalau ampa marah. Eira tak salahkan ampa kalau tak mau maafkan eira dan eira tak salahkan ampa.

Sebab eira tau, sapa eira untuk dimaafkan dan eira tau, eira sedar kesilapan eira ini buatkan ramai pihak terasa hati, tetapi bagi eira, eira dah melunaskan kenyataan, bukan senang nak keluarkan perkataan maaf dari mulut, tapi saya buang ego saya , saya rendahkan diri saya, letak 10 jari dan mohon maaf pada semua yang ada dalam live saya, yang kenai saya

Orang tak kan percaya saya ni minta maaf, orang akan rasa saya ni hipokrit, orang kata saya berlagak, itu terpulang.

Permohonan Maaf Secara Terbuka Pagi Tadi

Assalamualaikum.

Pertama sekali, Permohonan Maaf Secara Terbuka dari Eira ini dibuat berikutan terdapat Dua (2) Insiden yang tular ketika Eira membuat Live di Facebook Eira Azira di mana insiden pertama yang tular adalah berkenaan Restoran 35 di Melaka dan insiden kedua melibatkan kata-kata berunsur kesat iaitu (Body Shming) terhadap individu/Pemilik Akaun Facebook yang bernama Suharnizan Md Sidek.

Jujur Eira katakan, SALAH TETAP SALAH. Sebagai individu yang jauh lebih muda Eira seikhlas hati memohon maaf sebab pada ketika itu Eira gagal mengawal emosi dan amarah sehingga tutur dan kata Eira telah menyinggung hati banyak pihak.

Insiden-insiden tersebut telah menyebabkan ramai Follower Eira yang Eira sayang telah berkecil hati dan sekaligus timbul pelbagai salah faham dan prasangka buruk.

Insiden yang tular ini juga telah memberikan kesan yang amat dalam pada seluruh ahli keluarga Eira, Sahabat, terutamanya Suami Eira dan Anak Eira Qalesya serta Agent Klubna Laleh dan Miruku di seluruh Malaysia.

Eira secara peribadi sangat kesal dan berilah peluang pada Eira untuk Eira cuba memperbaiki diri Eira, tutur dan kata Eira pada hari-hari yang mendatang. In Shaa Allah

Permohonan maaf ini dibuat seikhlas hati Eira dan kepada kalian semua yang telah memberikan komen-komen Negatif terhadap Eira sejujurnya Eira telah berlapang dada dan maafkan semua.

Kerana anda semua berhak untuk berasa kecewa dengan Eira. Keputusan Eira untuk tampil membuat permohonan maaf terhadap kedua-dua pihak ini dan juga memberi kemaafan untuk anda semua membuatkan Eira lebih tenang menghadapi ujian ini. In Shaa Allah.

Eira berharap agar PEMILIK RESTORAN 35 di Melaka dan Pemilik Akaun Facebook SUHARNIZAN MD SIDEK serta seluruh ahli keluarga yang terkesan dengan perbuatan Eira dapat memaafkan kesalahan Eira yang dibuat samada secara sengaja mahupun tidak sengaja melalui posting Live di Facebook yang terlibat.

Akhir kata dari Eira,

Maaf adalah tanda keikhlasan selepas melakukan kesilapan. Kerana manusia tidak pernah lari dari melakukan kesalahan. Manusia tidak sempurna begitu juga saya Eira Azira..

Admin berharap agar isu ini selesai dengan baik untuk semua pihak.

: FBEira/OM

Eira Tengah Buat Live Sambil Mekap, Tiba Tiba Masuk Satu Komen Minta Ubah Sikap. Ini Respon Beliau Rentas Asia.


SUMBER : rentasasia.com

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...