EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Rasa Tenang Lihat Orang Kristian Beribadah, Transgander Muslim Pilih Murtad

0 month ago, 19-Nov-2020

Dena Rachmanatau nama sebenarnya Renaldy Denada Rachman dikenal sebagai penyanyi cilik Indonesia era ’90-an.

Setelah lama menyepi, tiba-tiba dia muncul semula dengan penampilan terbaruya seperti seorang wanita pada sekitar 2011.

Kini namanya sering menjadi sebutan di Indonesia kerana kisah hidupnya yang mula menjadi perhatian netizen setelah dia mengaku telah menukar agama dan jantina serta akan berkahwin dengan lelaki warga asing pilihannya.

Seorang pereka fesyen berjaya

Dari seorang penyanyi kanak-kanak, kini Dena merupakan seorang pereka fesyen berbakat dan dikatakan sebagai ‘sebaris dengan pereka fesyen yang popular’ di kalangan pencinta fesyen.

Mimilih tukar jantina

Menerusi wawancara di YouTube Daniel Mananta, Dena mengakui bahawa dia merasakan dirinya seorang wanita sejak di bangku sekolah lagi. Namun ketika itu dia tak berani nak nyatakan hasratnya itu dan hanya pendam sahaja.

Sekitar tahun 2009, setelah tamat pengajian dan dia sudah mula bekerja, barulah Dena berani menyatakan hasratnya untuk menjadi seorang wanita kepada keluarganya itu.

Setelah menyatakan hasratnya untuk menjadi transgender, perkara tersebut telah ditolak oleh bapanya. Namun, tidak lama kemudian, bapanya mula menerima.

Dena juga menganggap bahawa bapanya tidak menunjukkan perasaan bersalah kerana gagal mendidik dirinya sendiri.

Menurut Dena, keluarga terutama ibunya sentiasa ada bersamanya menyokong setiap kerjayanya.

Tukar agama dari Islam ke Kristian

Dilahirkan dari keluarga yang beragama Islam, Dena turut memaklumkan bahawa dia sempat menjadi ateis (tidak beragama) sebelum memutuskan untuk memeluk agama Kristian.

Menerusi cerita dari Dena lagi, dia akui bahawa memang sukar untuk dia lalui dan jalani kehidupan di kelilingi masyarakat yang rata-rata tidak menerima penampilannya sebagai seorang transgender.

Dena turut mengakui bahawa dia sebenarnya merasa kecewa dengan persekitaran dan mengalami pengalaman hidup yang pahit hingga akhirnya dia tidak percaya kepada Tuhan.

Dena mulai tidak percaya akan kewujudan Tuhan sehingga pada tahun 2015 dia mendapat rasa tenang ketika melihat orang Kristian beribadah.

Bermula dari situlah, Dena akhirnya mempelajari agama Kristian dan memutuskan untuk memeluk agama tersebut.

Menurutnya lagi, keputusan Dena untuk menukar agama adalah kerana kekecewaannya terhadap persekitaran dan pengalaman hidupnya.

Kekecewaan ini membuatnya marah dan memilih untuk tidak percaya kepada Tuhan.

Rasa Tenang Lihat Orang Kristian Beribadah, Transgander Muslim Pilih Murtad Bawang Rangers.





Live Website Traffic


loading...