EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Tenaga bioplasma pendinding virus

0 month ago, 20-Mar-2020



DR IR MUHIDIN ARIFIN

ADA cerita positif di sebalik serangan wabak koronavirus (Covid-19). Apa yang berlaku sekarang ialah sekurang-kurangnya tiga negara iaitu China, Rusia dan Jepun sedang berhempas pulas mencipta penawar mengubati virus Covid-19.

China telah meluluskan percubaan klinikal terhadap vaksin pertama dibangunkan sekumpulan tentera saintis daripada Chinas Academy of Military Medical Sciences berpangkalan di Wuhan Institute of Virology diketuai Mejar Jeneral, Chen Wei bagi memerangi koronavirus baharu.

Di Rusia, saintis Ilnaz Imatdinov daripada Vector Institute Siberia Rusia, yang berjaya mencipta antivirus Ebola, telah memulakan pengujian vaksin pertama Covid-19 yang dijangka siap Jun tahun ini.

Syarikat Jepun, Takeda Pharmaceutical berpangkalan di Zurich, Switzerland diketuai Julie Kim pula sedang membangunkan sistem proses terapi diperoleh daripada teknologi plasma terhadap Covid-19 yang kini sedang berkembang dan berpotensi untuk menjadi antara rawatan pertama diluluskan sebagai patogen pembunuh virus berkenaan.

Proses pembuatan terapi ini dikatakan menggunakan antibodi daripada pesakit yang telah pulih daripada serangan virus tersebut.

Laporan itu menyebut penyebaran virus boleh berlaku melalui semburan titisan batuk dan bersin pesakit Covid-19 kepada orang lain yang berada sehingga jarak sejauh 1.8 meter (6 kaki) dengan kelajuan sehingga 80 kilometer sejam.

Batuk dan bersin sebenarnya terjadi daripada tenaga keupayaan dalaman paru-paru pesakit yang kemudian bertukar menjadi tenaga kinetik dalaman koronavirus yang terkandung dalam lendir, kahak, kerengsaan dan cecair pembawa jangkitan tersebut.

Mengikut ilmu fizik, Hukum Keabadian Tenaga atau Conservation of Energy Law menyatakan jumlah tenaga di dalam sesuatu sistem akan tetap constant dan diabadikan daripada masa ke masa.

Ini bermaksud sesuatu tenaga tidak boleh dicipta atau dimusnahkan. Sebaliknya, tenaga hanya boleh dirombak atau diubah bentuk kepada bentuk lain jika ada tenaga daripada luar mengubah bentuk tenaga tersebut.

SUMBER : 1media.my

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...