www.edisiviral.com

Berita dan informasi edisi viral di Malaysia.


FAM beri tempoh seminggu untuk Lee Tuck serah bukti

0 month ago, 17-Apr-2019


KUALA LUMPUR: Calon pemain naturalisasi Harimau Malaya, Lee Tuck diberi tempoh seminggu untuk mengemukakan dokumen lengkap mengenai dirinya terutama pengesahan mengenai pertalian darah dengan negara ini.

Difahamkan, neneknya adalah rakyat Malaysia yang berasal dari Sabah, sekali gus membolehkan dia layak menyarung jersi kebangsaan biarpun pemain berusia 31 tahun itu dilahir dan dibesarkan di England.



Menurut Pengerusi Jawatankuasa Program Naturalisasi Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Mohd Yusoff Mahadi, tonggak tengah Terengganu FC (TFC) itu mempunyai baki tujuh hari untuk menyerahkan dokumen kepada badan induk itu.

Jelasnya, Tuck memiliki keistimewaan dan keunikan tersendiri dalam menjana bahagian tengah skuad negara dan beliau yakin kehadiran pemain itu mampu menambah kekuatan Harimau Malaya.

Kita sentiasa membuka pintu buat mana-mana pemain tidak kira yang ada pertalian darah atau pemain import yang sudah lebih lima tahun beraksi di liga tempatan.

Namun mereka mesti mengikut peraturan dan proses yang betul. Seperti kes Tuck, dia adalah pemain kacukan dan saya rasa dia tiada banyak masalah, cuma dia harus membuktikan status pertaliannya dengan negara ini.

Sebab itu, saya sudah berjumpa dengan ejennya minggu lalu supaya menyerahkan dokumen Tuck. Jadi hanya tinggal seminggu lagi, jika dia gagal mengemukakan dokumen berkenaan kita anggap dia tidak berminat untuk menyarung jersi negara, katanya ketika dihubungi semalam.

Memang sepatutnya mereka (TFC) yang perlu membantu Tuck untuk proses permohonan dengan Jabatan Pendaftaran Negara. Tapi bila mereka tidak berbuat apa-apa terpaksalah kita sebagai badan induk tampil membantu.

Jadi saya harap ejen dia akan dapat sediakan segala maklumat yang perlu bagi dibawa ke mesyuarat Jawatankuasa Program Naturalisasi pada masa akan datang. Di sana kita akan semak dan putuskan bersama pakar teknikal kita, kata Yusoff yang juga Timbalan Presiden FAM.

Untuk rekod, beberapa pemain kacukan sudah mewakili negara sebelum ini termasuk Matthew Davies, Natxo Insa, Kiko Insa, Brendan Gan dan Junior Eldstal. Manakala Mohamadou Sumareh pula muncul sebagai tonggak naturalisasi pertama Malaysia setakat ini.






SUMBER : bazookapenaka.my


Tags

Travel New York London IKEA NORWAY DIY Ideas Baby Family News Clothing Shopping Sports Games

Popular Posts


Related Posts