EdisiViral.Com Search Guest Post Login

Tempoh Cuti Bersalin 90 Hari Mulai 2021, Netizen Nak "Tangguh" Hamil 2 Tahun Lagi?

0 month ago, 11-Oct-2019


Berita gembira buat golongan wanita apabila tempoh cuti bersalin dipanjangkan daripada 60 hari ke 90 hari mulai 2021.

Pengumuman tempoh cuti bersalin yang dipanjangkan daripada 60 hari ke 90 hari mulai 2021 yang dibuat menerusi Belanjawan 2020 petang tadi nyata memberi reaksi positif.

Menerusi cadangan itu, kerajaan melaksanakan ia di bawah strategi memodenkan pasaran buruh. 

Ini termasuklahlah empat perkara dalam Akta Kerja 1955 yang turut melibatkan tempoh cuti bersalin. 

"Kedua kelayakan bayaran lebih masa bagi golongan yang berpendapatan kurang daripada RM2,000 dinaikkan kepada RM4,000 sebulan.

"Ketiga, menambah baik pengendalian aduan gangguan seksual dari segi perlindungan dan prosedur.


"Keempat, memantapkan peruntukan berkaitan larangan diskriminasi dalam pekerjaan contohnya agama, kaum atau jantina," jelas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng. 

Guan Eng berkata, kerajaan Pakatan Harapan komited untuk menambah baik kehidupan rakyat terutama golongan berpendapatan rendah.

Menurutnya, selain daripada mewujudkan peluang pekerjaan baharu, kerajaan juga akan meneruskan usaha untuk memodenkan pasaran buruh negara dengan menambah baik syarat pekerjaan untuk pekerja.

Tinjauan menerusi laman mikro Twitter pula mendapati ramai warganet memberikan reaksi gembira. 

Malah, ada yang merancang untuk menangguhkan proses mendapatkan anak! Macam-macam!



Apa pula pendapat anda? 

: CARI forum 




Live Website Traffic


loading...