EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

UM tempat kesembilan terbaik Asia

3 month ago, 25-Nov-2020

Buat julung kalinya, 10 Universiti Tempatan yang terdiri dari tujuh Universiti Awam dan tiga Universiti Swasta dinobatkan berada dalam kelompok 110 universiti terbaik di Asia.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad dalam kenyataannya hari ini mengumumkan penarafan terbabit berpandukan laporan yang dikeluarkan oleh Quacquarelli Symonds (QS) World University Rankings: Asia 2021.

Mengikut laporan, Universiti Malaya (UM) mendahului lain-lain universiti ditempat kesembilan, diikuti Universiti Putra Malaysia (UPM) berada ditangga 28, Universiti Sains Malaysia (USM) tempat ke-34, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pula berada ditangga ke-35,Universiti Teknologi Malaysia (UTM) pula tempat ke-39, Universiti Teknologi PETRONAS berada di tangga ke-70, Universiti Taylor’s tangga ke-89, UCSI pula tangga ke-105, Universiti Utara Malaysia (UUM) pula berada di tangga ke-107 dan Universiti Teknologi MARA (UITM) pula dikedudukan ke-108.

Beliau berkata kejayaan ini merupakan kejayaan terbaik negara setakat ini dan membuktikan bahawa hala tuju Pendidikan Tinggi Negara berada di landasan yang betul.

Tahun 2020 merupakan separuh penggal pelaksanaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia, 2015-2025 (Pendidikan Tinggi) (PPMPT) dan telah menunjukkan peningkatan kualiti dan kecemerlangan institusi pendidikan tinggi tempatan dalam tempoh yang singkat.

” Kejayaan ini juga secara tidak langsung akan terus menempatkan Malaysia sebagai hab pendidikan tinggi di rantau Asia ini dan juga dapat membantu institusi dalam menjalinkan kerjasama dengan penyelidik terkemuka dunia, ujar beliau.

Selain itu, UM buat kali pertama telah berjaya disenaraikan sebagai 10 universiti terbaik di Asia dalam penarafan kali ini dengan mendapat tempat kesembilan berbanding tempat ke-13 pada penarafan tahun lepas.

UM juga telah berjaya mengatasi Shanghai Jiao Tong University yang menduduki tempat-10 dalam penarafan terbaharu ini.

Untuk rekod, Shang Jiao Tong University merupakan universiti terkemuka yang telah memperkenalkan Academic Ranking of World Universities atau lebih dikenali sebagai Shanghai Jiao Tong University Rankings yang menilai kekuatan penyelidikan universiti di seluruh dunia.

Laporan tersebut turut menyenaraikan UM, UPM, USM, UKM UTM, UUM dan UiTM serta tiga buah universiti swasta iaitu Universiti Teknologi PETRONAS, Universiti
Taylor’s dan UCSI sebagai 110 universiti terbaik Asia atau 10 buah Universiti terbaik Malaysia.

Pada siri penarafan kali ini, 35 universiti tempatan telah tersenarai iaitu dengan penambahan enam buah universiti baharu berbanding dengan 29 universiti yang tersenarai pada tahun lepas.

24 universiti telah berjaya memperbaiki kedudukan berbanding tahun lepas, tiga universiti mengekalkan kedudukan dan duauniversiti jatuh dari kedudukan tahun lepas.

Dalam Laporan Quacquarelli Symonds (QS) juga dinyatakan bahawa Malaysia merupakan antara negara yang menunjukkan peningkatan terbaik di dalam penarafan kali ini.

Sangat membanggakan kerana sistem pendidikan negara telah diterima sebagai bereputasi tinggi dikalangan akademik dan majikan di peringkat Asia.

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

UM tempat kesembilan terbaik Asia The Malaya Post.



SUMBER : themalayapost.my



Live Website Traffic


loading...