EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Teman Lelaki Enggan Bertanggungjawab, Wanita Sumbat Bayi Baru Lahir Dalam Mesin Basuh.

1 month ago, 10-Nov-2019


Seorang wanita berusia 36 tahun ditahan kerana disyaki membunuh bayinya yang lahir. 

Suspek, Sutina, berasal dari Palembang, Indonesia, terdahulu memaklumkan kepada teman lelaki yang dirinya hamil. Namun, lelaki terbabit, Andi, enggan bertanggungjawab. 

Oleh kerana malu mengandung anak luar nikah, sebaik saja bayi itu dilahirkan, Sutina membalut mangsa dengan selimut dan disembunyikan dalam mesin basuh beberapa jam selepas dilahirkan, pada 4 November lalu. 

"Saya cuma letak baby dalam mesin basuh tetapi mesin tak dihidupkan. Saya balut dengan selimut kerana saya malu," kata si ibu memetik laporan dari Detik. 

Wanita itu menjelaskan dia tiada niat untuk membunuh bayinya dan hanya mahu meletak anak kecil itu di dalam mesin basuh untuk seketika. Dia berbuat demikian kerana malu anaknya lahir tanpa ayah dan lelaki itu pula telah melarikan diri kerana tidak mahu bertanggungjawab. 

Andi melarikan diri ketika Sutina masih hamil. Sutina hanya mengetahui Andi bekerja di sebuah bengkel, namun tidak mengetahui alamat kediamannya meskipun sudah lapan bulan mengenali lelaki itu. 


Difahamkan, Sutina menggenali Andi melalui media sosial dan menjalinkan hubungan secara berjauhan sebelum kedua-duanya bersetuju untuk bertemu. 

Sutina menjelaskan dia tiada niat mahu membunuh bayinya dan mengaku khilaf. Disebabkan itu dia hanya membalut mangsa dengan selimut untuk sementara sahaja. 

"Pertama malu, takut orang tahu. Padahal saya memang sudah rancang mahu membawanya ke rumah anak yatim. Tiada niat nak membunuh," katanya. 

Bagaimanapun, perbuatan Sutina terbongkar selepas rakan sekerjanya terdengar tangisan mangsa dalam mesin tersebut. Mangsa terus dibawa ke hospital. Malangnya anak kecil itu disahkan meninggal dunia. 

Pihak berkuasa sedang melakukan bedah siasat bagi mengetahui punca sebenar kematian mangsa. 

Sementara itu, suspek ditahan dan didakwa membunuh bayi di bawah Akta Perlindungan Kanak-Kanak dan berdepan dengan hukuman penjara selama 15 tahun jika disabitkan bersalah. 

: Detik News via

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...